Mamat Sepah Masih Cuba Tegakkan Benang Basah
BERITA TERKINI: Akaun Twitter Mamat Sepah telah dinyahaktifkan.
Masih enggan mengakui kesilapannya, Mamat Sepah masih cuba untuk menegakkan benang yang basah di akaun Twitter miliknya @mamatsepah apabila beberapa pengguna Twitter telah menempelak perilakunya awal pagi semalam.
Awal pagi semalam, Mamat telah memuat-naik foto yang memaparkan pelakon yang juga Presiden Seniman, Zed Zaidi mengalami kemalangan. Foto pelakon itu yang berlumuran darah dan mengenakan sokongan leher telah dimuat naik sekitar pukul 12 tengah malam.
Ekoran foto tersebut yang disahkan sebagai palsu oleh Datuk Shah Reza beberapa minit kemudian, foto tersebut merupakan salah satu adegan penggambaran untuk sebuah telefilem yang berjudul Hijrah Jahiliyyah.

Namun, kenyataan penafian tidak dikeluarkan oleh pihak Mamat Sepah sendiri setelah menyedari ia merupakan satu berita palsu.
Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut telah menyebabkan pelbagai pihak kelam-kabut untuk mendapatkan kesahihan berita tersebut.
Sikap mengambil lewa Mamat dilihat sebagai satu sifat yang tidak bertanggungjawab. Jelas tidak mahu mengakui kesilapannya, Mamat turut memberikan komen-komen berbaur ugutan terhadap maklumbalas yang diterimanya menerusi akaun Twitter miliknya.

Ini termasuk mengajak beberapa pengikut yang memberikan maklumbalas negatif untuk bertemu secara empat mata dan bertumbuk. Kepada maklumbalas yang diberikan oleh @Hazrey, Mamat Sepah telah menjawab maklumbalas tersebut dengan mengeluarkan kenyataan berunsur mencarut.


Menurut pandangan GUA, tidak sukar untuk meredakan ketegangan yang telah berlaku. Dengan satu permohonan maaf di akaun Twitter miliknya, akan meredakan segala kekusutan dan kekeliruan yang telah berlaku.
Masalah yang telah ditimbulkan susulan tweet tersebut cukup besar kerana ia melibatkan orang kuat dalam industri hiburan tempatan.
Untuk kejadian terperinci mengenai isu ini, sila layari Hazrey.com di Hazrey - Pelawak Mamat Sepah Tidak Melawak Dengan Tingkahlaku Gangster dan Hazrey - Drama Zed Zaidi Selepas Drama Permit.


