Maybank Berbangga Sokong Artis Legenda Tanahair

13 Jun 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pelanggan Maybank2U kini berpeluang untuk mendapatkan diskaun sebanyak 30% bagi pembelian tiket Konsert Lagenda menerusi laman web Maybank2U.

Bukan itu sahaja, 100 pelanggan pertama yang membeli dua tiket berharga RM300 atau RM600 menerusi Maybank2U layak mendapat dua tiket saguhati percuma bernilai RM300.

Ketua Perbankan Maya, Maybank, Abdul Razak Mohd Nordin berkata usaha sama antara Maybank dan Afrozapin Venture adalah kerana Maybank juga setaraf dengan lagenda-lagenda muzik tanah air kerana menempa ‘lagenda’ dalam bidangnya sendiri.

“Maybank turut berbangga dapat menyokong usaha mengetengahkan artis lagenda negara. Usaha sama ini ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami yang berterusan untuk memberikan pengalaman bermakna kepada pelanggan-pelanggan Maybank2U”, katanya di masjlis sidang media Maybank-Konsert Lagenda di Hard Rock Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Salah seorang artis yang akan mengadakan persembahan di konsert tersebut Zainal Abidin berkata dia berbangga konsert tersebut mendapat sokongan dari badan-badan korporat.

“Saya gembira dan berbangga Maybank dapat memberi sokongan kepada konsert ini”, katanya.

Konsert Lagenda yang mengetengahkan artis-artis ternama seperti Zainal Abidin, Datuk Sheila Majid, Amy Search dan Jamal Abdillah akan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Jun ini.

Tiket berharga RM100, RM200, RM300 dan RM600. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert ini, layari www.legendary.my.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad