Mentor 6 - Ferhad Akui Persiapan Terganggu

23 Mar 2012, 01:44pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Berita gempar dari Mentor 6 - Wanie, protege kepada Ferhad telah digugurkan dari meneruskan persaingan.

Wanie dikhabarkan telah pengsan 2 kali dalam minggu ini ketika sesi latihan dijalankan. Pihak TV3 telah membawa Wanie untuk pemeriksaan perubatan dan atas nasihat dari doktor Wanie digugurkan dari pertandingan. Wanie dikatakan mempunyai tekanan darah yang rendah menyebabkan dia mudah pengsan.

Menurut Sufian Isa, Penerbit Eksekutif Mentor 6 keputusan untuk menggugurkan Wanie diambil atas dasar kepentingan bersama. Risiko dari segi kesihatan tidak patut diambil, lebih-lebih dalam program realiti bercorak pertandingan.

Ferhad, ketika dihubungi tidak mahu memberi sebarang komen rasmi. Tetapi beliau mengakui yang persiapan untuk konsert pada Ahad ini terganggu dan pengumuman untuk pengganti Wanie hanya akan dibuat malam ini.

GUA difahamkan pengganti Wanie ialah Tisya, salah seorang calon protege yang disenarai pendek ketika sesi uji bakat.

Kita nantikan artikel seterusnya untuk pengumuman rasmi Ferhad.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad