Mentor 6 - KJ & Zatul Maju, Caroline Tercicir?

23 Apr 2012, 01:08am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Konsert Battle 2# untuk Kumpulan B berlangsung malam tadi di MBSA selepas selesai Battle 2# Kumpulan A minggu lepas. Sebagai 'recap' kedudukan dari Battle 1# adalah Caroline di hadapan depan 71 markah, Zatul dengan 54 markah dan KJ mengikuti rapat dengan 52 markah. Adakah Caroline akan terus berada di hadapan? Mampukan Zatul dan KJ mengejar dan mungkin memintas Caroline?

Untuk minggu ini, sedikit pembaharuan dibuat yang mana lagu bonus telah dijadikan persembahan pertama. Lagu bonus minggu ini adalah berupa rangkaian lagu 'tribute' kepada Alleycats.

KJ melangkah ke pentas memulakan konsert dengan lagu solo 'Tapi Bukan Aku' (Kerispatih) dan berduet dengan Anas dengan lagu 'Sesuatu Janji' (Taufik Batisah). Nyanyian solo KJ kali ini memang lebih baik konsert yang pertama dan sedikit sebanyak dapat menonjolkan kebolehan vokalnya. Sungguhpun begitu, masih ada beberapa kesilapan yang agak ketara yang perlu KJ perbaiki. Dalam nyanyian duet, KJ nampak kepenatan tetapi persembahan bersama Anas nampak seimbang. GUA berpendapat KJ dan Adam sudah berada di landasan yang betul, namun mereka harus pastikan pemilihan lagu untuk konsert seterusnya tepat dan bersesuaian dengan capaian vokal KJ. Juri Awam telah memberikan KJ 18 markah.

Seterusnya, Caroline tampil ke pentas dengan lagu 'Engkau Laksana Bulan' dan berduet bersama Ana dengan lagu 'Rolling In The Deep'. Caroline telah pun membuktikan kebolehan nyanyiannya dalam konsert sebelum ini. Oleh itu, GUA ingin melihat penghayatan Caroline dalam penyampaian nyanyiannya. Dalam lagu solo, ini belum dapat dikuasai sungguhpun GUA boleh memuji usaha Caroline. Secara ringkas, nyanyian itu "tidak sampai ke hati". Berlainan pula dengan lagu duet. "Attitude" atau persona yang Caroline tonjolkan sangat berbeza dan berkesan. Mungkin Ella perlu meneliti lagi pemilihan lagu selepas ini untuk memastikan Caroline dapat menyampaikan lagu dengan penghayatan yang lebih mendalam. Dari segi itu, GUA berasa ada penurunan dalam prestasi Caroline. Juri Awam telah telah memberikan Caroline 18 markah.

Zatul muncul ke pentas dengan lagu 'Anggapanmu' (Ziana Zain) dan berduet bersama dengan Tisha dengan lagu 'Awan Nano' (Hafiz AF). Hampir sempurna nyanyian Zatul untuk lagu solo yang memangnya lagu kegemarannya. Lagu duet juga baik lontaran vokal Zatul berserta dengan penghayatan yang jitu. GUA memuji pemilihan lagu Ogy. GUA teruja dengan perkembangan sebegini. Juri Awam telah memberikan Zatul 17 markah.

Setelah dicampurkan markah dari Juri Profesional, Juri Awam dan Undi SMS, kedudukan minggu ini ialah:

Caroline - 58
KJ - 63
Zatul - 62

Oleh itu, keseluruhannya kedudukan dalam Kumpulan B ialah

Caroline - 129
KJ - 115
Zatul - 116

Nampaknya saingan di dalam Kumpulan B adalah lebih menarik daripada Kumpulan A. Saksikan konsert minggu depan untuk Battle 3# Kumpulan A.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)