KJ - Pija Takkan Beri Kesan Pada Undian – KJ

8 May 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Gosip liar yang dilemparkan sebelum ini ternyata ada benarnya. Pija, Juara Mentor musim pertama sememangnya mempunyai hubungan istimewa bersama KJ, protégé Adam. Kehadiran Pija mengiringi persembahan KJ sewaktu mendendangkan lagu Usah Lepaskan kelmarin mengundang kejutan bukan sahaja kepada penonton dan peminat malahan tuan empunya badan sendiri.

“ Memang KJ terkejut sangat-sangat bila tengok Pija yang ada di pentas. Sebelum persembahan Abang Adam ada beritahu KJ yang akan ada model tapi tak sangka pula yang model itu adalah Pija. Dalam terkejut itu pun KJ kawal perasaan KJ agar tak hilang fokus dalam nyanyian. Alhamdulillah, KJ berjaya kawal emosi KJ “, ujar KJ yang segak mengenakan sut berwarna kebiruan.

GUA sempat bertanyakan KJ adakah selepas peminat mengetahui tentang hubungannya dengan Pija, undian dan sokongan yang diterimanya selama ini akan terjejas. Menurut KJ, faktor tersebut bukanlah satu halangan untuk dirinya dari terus maju dalam pertandingan ini.

“ KJ tak rasa benda ini akan jadi satu perkara yang perlu diperbesar. KJ yakin penonton dan peminat di luar sana semakin bijak menilai. KJ percaya yang mereka semua menilai KJ berdasarkan bakat yang KJ ada “.

Menyentuh mengenai imej sebenar KJ dalam Mentor 6, KJ menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya KJ adalah klon Adam.

“ KJ nak perbetulkan tanggapan penonton diluar sana. Abang Adam adalah Abang Adam, dan Kj adalah KJ. Abang Adam lebih kepada muzik pop dance manakala KJ lebih kepada pop RnB. Abang Adam ada cakap dengan KJ yang dia nak KJ cari identiti sendiri sebab itulah KJ nak dapatkan bimbingan Abang Adam untuk bimbing apa yang patut “, jelas KJ atau nama sebenarnya Abd. Kadir Bin Haji Unding Lana.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)