Juri Tetap Mentor 6 - Separuh Akhir Harus Lebih Mantap

23 May 2012, 12:54am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Datuk Haji Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini merupakan dua nama besar yang dipilih mengisi kerusi juri tetap Mentor 6. Setiap minggu, prestasi dan persembahan para protégé dinilai mereka berdua yang berpengalaman luas dalam dunia seni tanahair. GUA menemui mereka sejurus selepas konsert battle terakhir berlangsung malam kelmarin bertanyakan pendapat dan komen bernas dari kedua-dua seniman ini.

“ Semua cuba untuk improve dan naikkan aras masing-masing. Saya boleh nampak semua protégé berkerja keras. KJ minggu ini agak menurun graf persembahan beliau. Dia banyak buat kesilapan. Memang saya akui semua protégé ada tunjukkan usaha untuk buat sesuatu yang menarik tapi kadang-kadang effort itu tak berapa menjadi, kesilapan yang lebih jelas kelihatan “, komen Datuk Haji Ramli MS.

Datuk Sharifah Aini pula kagum akan sifat pejuang yang dipamerkan Zatul malam kelmarin. Bagi beliau, kejujuran dan semangat Zatul itu yang membuatkan persembahan beliau ikhlas dan bertenaga.

“ Saya melihat malam ini usaha Zatul dan mentornya menjadi. Segala yang dirancang berjalan mengikut apa yang mereka harapkan. Keseluruhannya, persembahan malam ini semuanya menarik kerana walaupun tampak sederhana tapi vokal kesemua protégé keluar dan dilontarkan dengan baik “.
Datuk Haji Ramli MS sekali lagi menyentuh tentang isu pemilihan lagu. Bagi beliau, semuanya bergantung kepada penyanyi itu sendiri. Lirik, kehendak melodi dan jiwa lagu tersebut haruslah digabungkan untuk menghasilkan persembahan yang berkesan.

“ Kalau mereka nyanyi lagu Negaraku sekalipun, jika semua penonton sampai keluar parang untuk berperang sebab dapat rasa semangat lagu tersebut, saya akan bagi markah penuh “, ujar Ramli.

Datuk Sharifah Aini juga turut mencelah mengharapkan persembahan yang akan ditampilkan semua protégé pada peringkat separuh akhir mengatasi standard pusingan awal. Bagaimanakah agaknya bentuk persembahan Anas, Tisha, Zatul dan Caroline? Saksikan pusingan pertama separuh akhir Mentor 6 Ahad hadapan hanya di saluran TV3.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad