Misha Omar Selesa Dengan Watak Komedi

13 Aug 2012, 12:12am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

“Bukan saya tidak mahu mencuba watak yang berat, tetapi saya masih belum bersedia kerana watak sebegitu memerlukan penghayatan tinggi. Saya rasa pengalaman saya dalam bidang lakonan masih belum cukup dan masih banyak yang perlu dipelajari. Saya sedang mempersiapkan diri untuk watak-watak sebegitu.

Ketika ini, saya senang melakonkan watak-watak komedi kerana ia bersesuaian dengan perwatakan saya yang easy going, ringkas dan ceria. Paling penting, saya lebih selesa dikenali sebagai penyanyi. Berlakon ini hanya kerjaya sampingan saya,” ujar Misha mengulas tentang kecenderungan membawa watak-watak komedi.

Dalam masa yang sama, Misha juga memberitahu dia pernah beberapa kali menerima tawaran untuk melakonkan watak-watak serius. Namun tidak berkesempatan untuk melakukannya.

“Bukan tidak ada produksi yang membuat tawaran, tetapi saya tidak dapat buat kerana kebetulan jadual penggambaran mereka bertindih dengan komitmen kerja lain. Jadi, saya rasa tidak timbul isu kalau ada yang cakap saya tidak sesuai berlakon watak serius. Mungkin masih belum ada rezeki.  Secara peribadi, saya ada keinginan, cuma masih mencari-cari identiti dalam lakonan. Saya masih tidak tahu watak yang benar-benar sesuai untuk saya. Saya percaya masa akan menentukan hala tuju lakonan saya nanti,” ujar Misha lagi.

Sempena Aidilfitri ini Misha akan muncul dalam satu telemovie komedi berjudul ‘Untung Atas Angin’ yang akan bersiaran di saluran RTM. Dalam cerita ini Misha bergandingan dengan Didie Alias, Enot, Roy Azman dan Erin Malik. Selain itu, Misha juga akan muncul dalam satu program hiburan berjudul ‘Pesona Aldilfitri’ yang juga diterbitkan oleh RTM.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad