Nabila Huda Akui Cintai Nas-T

5 Apr 2013, 12:16am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Keakraban pelakon Nabila Huda, 29, dengan seorang DJ dan pelakon Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar, 30, yang dapat dilihat menerusi laman sosial Instagramnya menjadi tanda tanya sejauh mana hubungan mereka. Ketika dihubungi GUA, Nabila Huda yang lebih selesa dipanggil Abil akui dia kini sedang menjalin hubungan lebih serius dengan Nas-T.

“Kami merupakan sahabat baik yang ingin membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya. Saya sudah mengenali Nas-T sejak zaman remaja kami lagi. Namun, pada waktu itu tidak pernah terlintas untuk bersama. Hubungan ini terjalin secara tiba-tiba tanpa kami sedari," ujar Abil.

Tambahnya, mereka mula menyedari bahawa masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain apabila Abil harus ke Brunei selama tiga hari.

“Waktu saya ke Brunei, entah kenapa rasa seperti kehilangan. Rupanya Nas-T juga merasakan hal yang sama," ujarnya.

Ketika berbicara mengenai hubungannya dengan Nas-T, jelas dari suaranya bahawa wanita sedang bahagia. Abil turut akui bahawa dia dan Nas-T ‘sekepala’ dan hal itu membuatkan Abil merasa senang dan selesa ketika bersama Nas-T.

“Saya bukan senang nak jatuh cinta tapi sifat Nas-T yang begitu menyenangkan dan  ‘cool’ membuatkan saya tertarik dengan dia. Saya tidak suka orang yang mengongkong hidup saya dan sebagainya. Tapi Nas-T begitu memahami saya," jelas Abil yang turut berkongsi bahawa Nas-T begitu selesa berkomunikasi dengannya.

“Dalam sesuatu hubungan, komunikasi itu penting. Saya sangat bahagia ketika bersama Nas-T kerana pasti ada saja benda yang ingin dibualkan. Lagi-lagi kami berdua memang banyak cakap dan masing-masing ‘kepala gila’”, ujar Nabila.

Mengenang kembali bagaimana pasangan ini mula jatuh cinta, kata Abil dia hanya mengajak Nas-T lepak kerana sudah lama tidak bertemu. Tambahan pula, Abil mengirim keropok lekor daripada Nas-T yang ketika itu ke Terengganu.

“Apabila Nas-T pulang ke Kuala Lumpur, saya ajak Niesa (rakan Abil) berjumpa dengan Nas-T untuk mengambil keropok lekor yang dikirim. Sejak dari itu, kami sering keluar lepak bersama. Pada waktu itu pun masih belum terbit perasaan cinta. Bila berjauhan baru kami sedar tentang perasaan ini," tambah Abil lagi.

Berbicara mengenai perkahwinan pula, kata Abil, dia dan Nas-T sentiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Namun pasangan itu belum terfikir untuk berkahwin dan tidak mahu terburu-buru di dalam perhubungan mereka.

 

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)