Nadia Terima Sejarah Hitam Sammy

30 Aug 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Ketika menghadiri undangan Majlis Rumah Terbuka program bual bicara wanita popular, ‘Wanita Hari Ini’ di Sri Pentas TV3, tengah hari semalam, GUA berpeluang bertemu dengan salah seorang bekas pengacara program tersebut iaitu Nadia Shahrul Annuar. Alang-alang berjumpa dengan pengacara berusia 28 tahun ini, GUA sempat bertanyakan kepada beliau mengenai perkembangan terkini hubungan cintanya dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir.

“Alhamdulillah, hubungan kami masih kuat. Hubungan kami baru saja terjalin beberapa bulan lalu dan saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk perhubungan kami,” ujar Nadia yang juga kini merupakan pengacara Malaysia Hari Ini di TV3.

Berkongsi lebih lanjut mengenai kisah cintanya, Nadia memberitahu, “Kami mula kenal semasa saya menemubualnya di MHI ketika dia datang ke Malaysia bagi mempromosikan album terbarunya Mei lalu. Sejujurnya, saya memang tidak tahu siapa dia dan juga lagu dia sebelum ini. Bagi saya dia mempunyai suara yang bagus dan saya tertawan bila mendengar suara dia.

“Saya senang berkawan dengan dia kerana dia seorang yang memahami dan pandai berjenaka. Kami juga saling mempercayai apatah lagi kami menjalinkan hubungan cinta jarak jauh. Sudah tentu saya tidak selesa dengan perkara ini kerana saya percaya lagi senang jika hubungan jarak dekat. Tapi baguslah sebab kalau jarak jauh tak menggalakkan maksiat,” ujar Nadia mengakui sudah berjumpa dengan ahli keluarga Sammy.

“Saya sudahpun pergi ke Indonesia untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Walaupun kami tinggal berjauhan, namun kami masih lagi berkomunikasi melalui BBM dan Twitter. Malah, kalau tak sibuk, kami juga akan jumpa dalam dua kali sebulan.”

Umum mengetahui Nadia pernah berkahwin pada usia 21 tahun dan bercerai pada 6 Oktober 2010. Ditanya apakah yang membuatkan pintu hatinya terbuka kembali untuk mendekati hati lelaki dan bagaimanakah penerimaan Sammy mengenai statusnya, Nadia memberitahu, “Tuhan yang telah membuka pintu hati saya untuk mengenali Sammy.

“Lagipun Sammy memang ikhlas dengan saya dan saya percaya mungkin ada hikmah di sebalik hubungan ini. Sejak mula kenal dulu saya tak pernah merahsiakan status saya dan setakat ini, dia boleh terima perkara ini. Tidak dinafikan sudah tentu saya takut dengan perhubungan ini sebab saya pernah mengalami episod hitam dalam hidup saya dan sebab itulah, saya lebih berhati-hati sekarang.”

Ditanya pula adakah Nadia sendiri menerima mengenai sejarah hitam kekasihnya itu yang pernah meringkuk dalam penjara akibat tuduhan memiliki dadah jenis syabu, Nadia memberitahu, “Setiap orang membesar dengan pengalaman masing-masing. Saya sendiri ada sejarah dan saya percaya, orang yang pernah melalui perkara ini akan menjadi lebih baik lagi pada masa akan datang.”

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)