Nani Ingin Sambung Legasi Yasmin Ahmad

2 Jul 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

“Saya ingin menyambung legasi Allahyarham Yasmin Ahmad”, kata Sharifah Amani ketika ditemui di majlis sidang media My Hometown, baru-baru ini.

Sharifah Amani, yang lebih mesra dengan panggilan Nani, merupakan salah seorang pengarah muda yang terlibat dengan program ‘My Hometown Short Films’ anjuran Astro sempena Hari Kemerdekaan.

Menurut Nani, tiada siapa yang dapat menggantikan tempat arwah Yasmin. Namun, sebagai seorang yang dekat dengan arwah, Nani ingin menyambung semula perancangan arwah Yasmin yang tidak sempat dilaksanakan.

“Arwah ada banyak perancangan tapi tak sempat nak buat. Jadi saya ingin menyambung semula legasinya dengan hasil karya saya sendiri”, kata Nani.

Walau bagaimanapun, Nani menegaskan dia belum bersedia untuk mengarah filem.

“Kita mulakan secara perlahan dulu. Sekarang saya sedang mengarah filem pendek untuk program My Hometown. Bila saya sudah bersedia, saya pasti akan mengarah filem pula”, katanya yang baru sahaja selesai penggambaran tele-filem Diari Ariana untuk RTM.

Tambah Nani, dia ingin mengajak wanita untuk menjadi lebih tabah dalam filemnya nanti.

“Kita begitu banyak dihujani dengan cerita-cerita yang menunjukkan wanita lemah. Dalam filem saya nanti, saya ingin ketengahkan betapa tabahnya wanita mengharungi cabaran hidup”, kata Nani.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad