Neelofa Bersyukur Kemelut Dengan Anzalna Selesai

2 Jul 2012, 07:31pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pelakon serta pengacara, Neelofa mengakui berasa lega kerana kemelut yang berlaku di antaranya dengan pelakon, Anzalna Nasir sejak sebulan lalu akhirnya dapat diselesaikan dengan cara baik, petang tadi. Neelofa yang hadir bersama dua peguamnya, Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak ini ditemui ketika sidang media di Hotel Royale Bintang Damansara, di mana ia turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi.

"Saya bersyukur semuanya telah berakhir. Saya berharap jika perkara sebegini terjadi lagi, sudah tiba masanya artis Malaysia melakukan sesuatu untuk menegakkan keadilan mereka. Bagi mereka yang masih lagi tertanya mengapa saya memilih jalan penyelesaian melalui perundangan sebelum ini adalah kerana saya tahu saya di pihak yang benar dan ini terbukti pada hari ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua peguam saya dan juga pihak Seniman kerana tanpa mereka perkara ini mungkin akan lebih berpanjangan.

      

"Alhamdulillah, dari awal lagi keluarga saya sentiasa di sisi untuk bagi nasihat serta sokongan dan kenapa saya lembut hati untuk menerima maaf ini adalah kerana dari awal lagi, saya dah ada perancangan di mana jika tuntutan sebelum ini tidak berjaya djawab, saya akan bagi peluang dan pilihan untuk meminta maaf secara terbuka. Saya sanggup terima permohonan maaf ini kerana saya tak nak isu ini berpanjangan," ujar Neelofa ketika ditemubual media sejurus selesai sidang akhbar.
            
 
Sebelum ini, pengacara Nona TV3 ini telah menetapkan beberapa syarat kepada Anzalna sebagai jaminan agar pelakon drama Indera Joned itu memohon maaf secara ikhlas dan bukannya kerana terpaksa. Ditanya apakah syarat-syarat yang ditetapkan oleh beliau, Neelofa memberitahu, "Antara syarat-syarat yang dikemukakan ialah Anzalna tidak boleh sebut nama saya lagi di mana-mana temuramah, di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini."

Ketika ditemui, juara Dewi Remaja 2010/2011 ini juga turut memberitahu tidak mempunyai masalah andai mereka ditawarkan berlakon bersama selepas ini. "Kalau saya berpeluang bekerjasama dengan Anzalana selepas ini, saya rasa kisah peribadi kami akan letak ke tepi dan kita akan fikir tentang kualiti kerja itu dulu. Jika pengarah dan jalan cerita bagus, kemudian saya akan terima kerana saya tidak ada masalah bekerjasama dengan dia.

    

Sebelum mengakhiri pertemuan kami di mana Neelofa terburu-buru untuk ke lokasi penggambaran drama 26 episod, pihak media sempat bertaya kenapa Neelofa dan Anzalna tidak mahu bersalaman dan bergambar bersama sebentar tadi dan Neelofa memberitahu, "Apa saja prosedur yang berlaku hari ini adalah kuasa Seniman, maksudnya mereka tidak mahu adakan sebarang sesi soal jawab dan bergambar kerana mereka tidak mahu perkara ini lebih berpanjangan."

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad