Nelydia Senrose Terus Mengorak Langkah

19 Dec 2012, 08:54pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Memegang watak utama bagi drama atau filem merupakan impian setiap pelakon, tidak kiralah pelakon yang lebih senior atau pun yang masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan. Bagi pelakon remaja yang sedang meningkat naik, Nelydia Senrose baru-baru ini diumumkan sebagai teraju utama dalam drama bersiri ‘Setia Hujung Nyawa’ yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 24 Disember ini.

                     

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini karakter pertama untuk slot Akasia dan saya dipilih menjadi ‘lead’ untuk Suhan Movies. Ini merupakan rezeki buat saya kerana peluang macam ini tidak selalu ada. Seperti yang kita ketahui, slot Akasia mempunyai rating penonton yang begitu tinggi dan pelakon-pelakonnya juga mempunyai nama-nama yang begitu kuat dalam industri hiburan tanah air,” katanya bila ditemui baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai pembabitannya dalam drama bersiri ini, kongsinya ia masih dalam proses penggambaran.

                  

“Cuma tinggal beberapa episod sahaja lagi sebelum memasuki proses editing untuk episod-episod akhir,” katanya yang juga merupakan seorang pelajar jurusan psikologi di Kolej Segi Subang Jaya.

“Sekarang saya berada di semester 3 dalam jurusan psikologi di Kolej Segi Subang Jaya. Jurusan ini agak berat tetapi saya amat meminati jurusan ini. Saya suka ‘observe’ orang  tapi tidak bermakna saya suka ‘judge’ orang,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad