Nora Danish Masih Mencari

24 Jul 2012, 02:25pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Nora Danish baru-baru ini kepada sebuah akhbar harian, dia mengaku sedang mengenali hati budi seseorang. Nampaknya, kenyataan ini mungkin telah disalah anggap, atau Nora sengaja mahu merahsiakan perhubungannya? Nora katanya belum lagi memilih sesiapa untuk menjadi teman hidupnya tetapi masih lagi dalam proses berkawan.

“Walaupun saya bercadang untuk menamatkan zaman solo pada tahun depan, saya tidaklah terburu-buru dalam membuat keputusan. Saya masih lagi dalam proses berkawan dan belum mempunyai seseorang yang istimewa,” kata Nora ketika majlis berbuka puasa bersama warga emas dan media anjuran AirAsia di KL Hilton baru-baru ini.

 Bagi menghormati bulan Ramadan yang penuh keberkatan, pelakon cilik yang cantik ini bertekad untuk tidak menerima tawaran sepanjang bulan. Nora merancang untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti bersama keluarga seperti bertarawih dan juga memasak.

“Memandangkan umur yang semakin meningkat, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran kerja pada bulan ini bagi menumpukan perhatian kepada keluarga. Saya juga perlu memberikan tumpuan kepada anak yang semakin membesar,” katanya.

Nora tidak merancang untuk menyambut hari raya secara besar-besaran tetapi menjadi tradisi bagi keluarganya untuk pergi bercuti. Lokasi pilihan keluarga Nora pada tahun ini adalah Myanmar - kampung halaman ibu Nora.

“Keluarga sebelah ibu saya masih lagi ramai di Myanmar jadi saya memperuntukkan paling lama 10 hari di sana,” kata Nora.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad