Norish Karman Jawab Isu Anak
Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya Norish Karman tampil berkongsikan cerita mengenai kelahiran anak keempat dan bongsunya, Muhammad Haq Lutfie Alexander secara eksklusif dengan akhbar Utusan Malaysia.
Melihat pada tajuknya - 'Usah persoal status Haq - NK' - sudah cukup untuk menutup pelbagai spekulasi sebelum ini tentang kehadiran anak yang bakal menyambut harijadinya yang pertama pada 24 September depan.
"Haq anak saya. Saya yang mengandungkan selama lebih sembilan bulan dalam perut ini.
"Ini anak saya, hidup mati saya. Bagaimana ia boleh hadir, itu urusan antara saya, keluarga dan Allah kerana saya tidak mahu mengenang lagi perkara yang sudah lepas," kata Norish.
Tambahnya, "Cukup untuk saya katakan, saya seorang anak, wanita dan ibu. Saya tidak akan membuat sesuatu perkara yang tidak elok.
"Saya tidak akan memberi contoh tidak baik kepada anak-anak saya sendiri.
"Selepas ini apa sekalipun orang mahu fikir, saya sudah tidak peduli kerana saya tahu apa yang saya buat. Mempertahankan Haq adalah kerana anak ini rezeki Allah untuk saya juga."
Untuk membaca keseluruhan temubual Norish Karman di Utusan Malaysia, sila klik http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20120821/ke_01/Usah-persoal-status-Haq---NK


