Pelawak Nyaris Dibelasah?
Masih tidak serik dengan kelakuannya yang menjengkelkan pelbagai pihak, pelawak ini nampaknya cuba membangkitkan kemarahan orang ramai di sebuah tempat awam. Menurut sumber GUA, kejadian berlaku di sebuah lokasi membeli-belah awam di sebuah negeri di selatan tanahair.
Pelawak yang baru-baru ini turut dikaitkan dengan satu isu kontroversi telah dengan selambanya menunggang motosikalnya masuk ke dalam kawasan orang berniaga tanpa menghiraukan kesibukan di kawasan tersebut. Dia bukannya meletakkan kenderaannya di kawasan pakir sebaliknya membawa motorsikalnya ke bahagian dalam di tengah-tengah kesibukan peniaga berniaga, sedangkan lokasi untuk memakir kenderaan telah disediakan oleh pihak perbandaran di luar kawasan tersebut.
Berlagak seperti gangster, sama seperti yang dilakukannya sebelum ini, adakah dia ingat dengan gelaran sebagai artis membenarkannya untuk bertindak sedemikian? Para peniaga di kawasan tersebut agak marah dengan kelakuan pelawak tersebut dan telah memberikan arahan agar dia beredar dari kawasan perniagaan tersebut.
Mujur sahaja pelawak itu tidak dipukul oleh para peniaga di situ. GUA yang menerima khabar tersebut hanya tersenyum kerana pelawak itu dengan cerita kontroversi bukanlah satu yang asing. Sampai bilakah agaknya pelawak suam-suam kuku ini hendak sedar agaknya? Yang kelakuannya bukanlah satu jenaka tetapi satu yang biadap. Sedar-sedarlah.


