Perkahwinan Artis Popular Bergolak Lagi?

23 Apr 2012, 01:13am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

GUA tumpang simpati dengan pelakon dan penyanyi wanita popular ini. Bukan sekali dua perkahwinannya dikhabarkan dilanda krisis, tetapi sudah acapkali. Bukan artis ini yang buat perangai, tetapi kononnya Si Suami yang ada buah hati lain. Memanglah tidak boleh terus mempercayai gosip ini, tetapi kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang.

Terbaru, timbul desas-desus mengatakan Si Suami telah berkahwin dengan buah hatinya itu. Namun sejauh mana kebenarannya sukar dipastikan. Ini kerana pihak media tidak sampai hati untuk mendapatkan penjelasan lanjut artis popular ini. Maklumlah, artis ini mempunyai hubungan baik dengan wartawan dan ramai juga wartawan yang menghormati kehidupan peribadinya.

Namun, baru-baru ini GUA terserempak dengan Si Suami dalam satu acara hiburan. Kemunculannya sudah pasti membuatkan pihak media yang ingin menemubualnya untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Tapi sayang, Si Suami ini bagaikan sudah dapat menghidu niat wartawan. Ketika wartawan sedang sibuk menemubual ‘tuan punya’ acara, Si Suami cepat-cepat datang bertegur-sapa dan dilihat terus meninggalkan majlis. Dalam masa yang sama ,dia juga sempat memberitahu tidak ada cerita yang boleh dikongsi bersama.

Jadi, apa pendapat anda? GUA mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Mudah-mudahan semua gosip itu tidak benar. Amin!

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad