Punk Rock Masih Genre Kami - Bunkface

20 Jul 2012, 12:25am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Setelah kejayaan album Phobia Phoney, kini kumpulan Bunkface kembali dengan album kedua mereka, Bunk Not Dead yang mengandungi 13 buah lagu termasuk 5 lagu Bahasa Melayu dan 8 lagu Bahasa Inggeris.

Menurut vokalis mereka, Sam, walaupun album ini memuatkan lebih banyak lagu Bahasa Inggeris, namun mereka berusaha untuk mengekalkan Bahasa Melayu dalam album mereka.

“Dari dulu muzik kami memang dalam Bahasa Inggeris. Tapi kami masih berbangga dengan bahasa ibunda dan mengekalkannya dalam album ini,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran album mereka di Subang Jaya baru-baru ini.

Masih mengekalkan genre yang sama iaitu Punk Rock, Sam menegaskan muzik yang ingin diketengahkan oleh kumpulan tersebut bukan bergantung pada trend muzik terkini tapi lebih kepada permintaan peminat mereka sendiri.

“Kami ingin memberi apa yang peminat kami mahu dengar. Bukan apa trend muzik pada waktu itu. Kami tidak akan berubah genre dan konsep muzik kerana peminat kami inginkan muzik Punk Rock,” katanya.

Selain memasarkan album ini ke seluruh negara, Bunkface juga melebarkan sayap mereka ke Jakarta dan sedang mencari peluang untuk memasarkan Bunk Not Dead ke Thailand dan Filipina.

“Kami ingin dikenali di Asia. Persaingan di Eropah terlalu kuat, biarlah kami mulakan dari bawah secara pelahan,” kata pemain bass mereka, Youk.

Album ini juga merupakan album AR pertama didunia dimana ia merupakan album yang mengandungi kod tersembunyi di sebalik gambar yang membolehkan grafik di dalam album itu bergerak jika dilihat menerusi telefon Android dan juga Apple.

Bunkface juga telah membuat usahasama bersama www.galaxtar.com untuk menjadikan album ini sebagai jualan album online pertama di Malaysia.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad