Putri Mardiana Nafi Dikongkong Kekasih

8 Apr 2012, 07:03pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

“Siapa cinta hati saya? Saya ada cinta hati ke? Awak tahu ke siapa cinta hati saya?” Itu pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari mulut Putri Mardiana apabila wartawan Melodi cuba mendapatkan penjelasannya tentang desas-desus yang mendakwa dia dikongkong teman lelaki sehingga sukar mendapat tawaran berlakon.

Bagaimanapun, Putri Mardiana akhirnya menberikan komen dan dia menafikan teman lelaki adalah punca kepada kekurangan tawaran berlakon. Sebaliknya, pelakon berstatus ibu tunggal ini menjelaskan tindakannya  meninggalkan MIG menyumbang kepada situasi itu.

“ Selepas keluar dari dari produksi itu, memang saya kurang mendapat tawaran berlakon. Memang agak sukar bergerak sendiri kerana saya tidak begitu mengenali orang-orang dari produksi lain. Saya terpaksa melobi diri sendiri dengan menghantar profil kepada syarikat-syarikat produksi. Sekarang ini keadaan sudah berubah. Saya sudah mendapat banyak tawaran berlakon dan mampu berdiri di atas kaki sendiri.  Lagipun, rezeki itu datang daripada Tuhan.

Jadi, bukan sebab dikongkong oleh teman lelaki atau sebaliknya.  Sekarang ini pun saya sudah tidak punya apa-apa hubungan dengan jejaka itu. Saya dah solo. Bahkan ketika masih bersama ‘dia’ dulu pun, dia tidak pernah mengongkong saya untuk berlakon,” ujar Putri Mardiana lagi.

Sejak menceburi bidang lakonan, Putri Mardiana sudah membintangi enam filem yang sudah pun ditayangkan di pawagam iaitu Santau (2009), Ngangkung (2010), Damping Malam (2010), Kongsi (2011), Keramat (2012), dan Sumpahan Kum-Kum (2012).

Kredit Foto : Facebook Putri Mardiana

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)