Putus Tunang, Elly Mazlein Enggan Komen

7 Mar 2013, 01:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein mengunci kemas mulutnya ketika diminta mengulas tentang status pertunangannya dengan pengarah filem Azmi Hatta yang dikatakan sedang bergolak. Elly menegaskan dia akan membuka mulut apabila tiba masa sesuai.

Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengikat tali pertunangan pada 29 Mei tahun lalu dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur.

“Apabila sampai masanya, saya akan beritahu tentang status kami yang sebenarnya. Buat masa ini saya lebih senang merahsiakannya,” ujar Elly ketika ditemui di majlis pratonton filem Awan Dania pada Selasa.

Untuk makluman, Elly dan Azmi Hatta sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Februari tahun lalu, namun sehingga kini masih belum kedengaran tentang majlis perkahwinan mereka.

Dalam masa yang sama, Elly juga menafikan single terbarunya bersama Kru Music yang berjudul 'Sabarlah Hati' ada kaitan dengan tunangnya itu. Jelas Elly, lagu yang bakal dilancarkan dalam sedikit masa itu bersangkut paut dengan realiti kehidupan yang mungkin terjadi kepada setiap individu yang berada di alam percintaan.

Mengulas tentang peranannya di dalam filem Awan Dania, Elly menceritakan karakternya kali ini berbeza di mana dia perlu  menjadi wanita yang terlebih mengada-ngada.

“Ramai peminat yang suka saya membawakan watak baik, namun sebagai pelakon sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjayakan setiap watak yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah, Abang Rashid (Rashid Sibir) juga gembira dengan lakonan saya di dalam filem ini,” ujar Elly.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)