Qi Razali Kembali Ke Jalan Jalan Cari Makan

12 Apr 2013, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

'Jalan-Jalan Cari Makan' (JJCM), sebuah program yang memberikan informasi dan tips serta lokasi menjamu selera, kini memasuki musim kedua bagi tahun 2013 bermula 7 April lalu. Tambah menarik, JJCM musim baru ini juga mengembalikan hos Qushairi Mohammed Razali atau lebih mesra dengan panggilan Qi.

Setiap episod mingguan akan menemui penonton dengan pelbagai segmen yang menarik untuk diingati. Antara segmen yang menjadi tumpuan para penonton ialah segmen ‘Siapa Punya?’ yang memberi peluang kepada peminat JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.

Masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen ‘Siapa Itu?’ untuk menemani Qi menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan lagi JJCM. Saksikan gelagat artis atau selebriti popular seperti Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi.

JJCM musim terbaru ini turut menyelitkan destinasi selera seperti warung dan gerai menerusi segmen ketiga, ‘Singgah’. Menarik mengenai segmen ini, pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai.

Sebelum menutup tirai, jangan lupa menonton segmen terakhir JJCM, ‘Lain Macam’ yang akan memaparkan kedai makanan yang unik, yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan dekorasi restoran serta makanan.

                       

Gelagat Qi yang bersahaja dalam menunjukkan bakat memasak di dapur pasti menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resepi istimewa setiap restoran yang dikunjungi. Qi yang sememangnya seorang ‘kaki makan’ pasti membangkitkan selera setiap mata yang menonton JJCM.

Pastikan anda berada di depan televisyen untuk menyaksikan musim baru JJCM, setiap Ahad, 12 tengahari. Selain itu, para peminat juga boleh melayari laman facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan ‘keek’ video JJCMTV3 serta menontonnya melalui laman sesawang tonton di www.tonton.com.my.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)