Ramli MS Enggan Komen Mengenai Alyah

21 Jul 2012, 12:08am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Datuk Ramli Mohamed Salleh atau lebih dikenali sebagai Ramli MS, 52, enggan mengulas lanjut apabila diajukan soalan mengenai status hubungannya dengan Alyah. Jelas pemuzik handalan ini dia tidak akan memberikan sebarang jawapan terhadap soalan berbentuk peribadi itu.

“Saya tidak akan jawab”,itu jawapan ringkas Ramli MS ketika ditemui di sidang media Festival Seni Dewan Filhamornik Petronas pada Jumaat.

Gosip hubungan cinta Ramli MS dan Alyah sudah lama kedengaran dan kerap diperkatakan peminat. Namun, kedua-duanya tidak pernah mengesahkan status hubungan mereka. Namun, baru-baru ini Alyah akhirnya tampil memberi kenyataan kepada sebuah majalah hiburan bahawa dia kini sedang berkawan serta sedang mengenali hati-budi lelaki berstatus duda itu. Bahkan, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kisah Hati’ ini turut meminta peminat mendoakan yang terbaik untuknya dan Ramli MS.

Dalam laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini pula, Alyah telah mengulas lanjut tentang desas-desus yang mendakwa dia akan berkahwin pada tahun ini. Selain kesal dengan penyebaran gosip itu, Alyah juga memberitahu gosip perkahwinannya itu tidak benar sama sekali.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad