Remy Ishak Masih Bernafas

20 Jun 2012, 12:41am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sekali lagi rakyat tempatan digemparkan dengan berita kematian palsu artis tempatan yang telah disebarkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab di laman sosial. Kali ini yang menjadi mangsa ialah pelakon Remy Ishak. Pelakon itu dikatakan telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di paru-paru sekitar petang semalam.

Pelakon veteran Azean Irdawaty dan Osman Kering antara yang pernah menjadi mangsa khabar angin sebelum ini.

Remy yang terkejut dengan khabar angin tersebut pantas mengemaskinikan akaun Twitter miliknya di @remy_ishak dengan mengatakan yang dia masih sihat dan sedang sibuk membasuh baju yang banyak. Pelakon itu berada di Johor Bahru untuk acara Sorak Goool bersama peminat bola menonton perlawanan bola sepak EURO 2012.

GUA turut menyiarkan artikel Remy Enggan Ulas, Mahu Komen Pasal Karier dua hari lepas bagi menjawab isu yang timbul mengenai teman wanitanya, Tiz Zaqyah. Wawancara tersebut dilakukan menerusi telefon sewaktu Remy dalam perjalanan ke Johor Bahru.

Filem terbaru lakonan Remy Ishak iaitu Jiwa Taiko kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sebelum menyusul filem Aku, Kau Dan Dia.

 






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad