Rumah Aznil Hj. Nawawi Dirompak, Kerugian RM30,000
Kediaman yang didiami Aznil Hj Nawawi di Taman Yarl telah dimasuki perompak sekitar 10.00 malam Rabu lalu.
Ketika kejadian berlaku, ibu Aznil Hj Nawawi dan dua orang amah mereka berada di rumah tersebut namun pengacara popular tersebut tidak berada di tempat kejadian.
Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.
Kejadian rompakan tersebut tidak disedari sesiapa dan dilaporkan Aznil Hj Nawawi sekeluarga menanggung kerugian sebanyak RM30,000.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut.


