SENIMAN & DPPMM Tubuh My Seniman

18 Sep 2012, 11:18am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pada 17 September 2012, bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC telah berlangsung Majlis Mega Raya My Seniman 2012. Acara ini berlangsung dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 8.00 malam dan diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan. Pada petang itu juga YAB, turut merasmi serta melancarkan jenama My Seniman.

Menurut kata, Pres iden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, “majlis ini diadakan adalah untuk memberikan satu kelainan daripada sebelumnya, dengan kita mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran melibatkan artis dan juga peminat-peminat.”

Majlis ini juga diadakan, bersempena dengan pelancaran, jenama My Seniman di bawah kerjasama Dewan Perdagangan dan Perindustrisn Muslim Malaysia (DPPMM).

“Majlis ini diadakan juga, kerana untuk memperkenalkan jenama My Seniman. Dimana, ianya sebuah perniagaan yang berlandaskan sistem niaga secara Islam. Ini juga di bawah label My Seniman, di mana artis-artis di bawah persatuan ini, akan mendapat royalti hasil dari perniagaan ini. Selain itu program-program seperti, Jelajah My Seniman akan menjelajah ke destinasi-destinasi tertentu untuk mempromosikan My Seniman. Kita hendak masyarakat, tahu mengenai persatuan ini, dan juga mereka berpeluang untuk mengetahui selok-belok selebriti dan juga berpeluang untuk menyertai ahli My Seniman yang memberikan mereka faedah yang begitu banyak dan berpeluang untuk turut serta dalam majlis-majlis sebegini.” kata, Presiden Zed Zaidi.

Dalam majlis ini juga turut disampaikan watikah perlantikkan lembaga penasihat seniman dan juga peguam seniman.

“Penubuhan ini adalah perlu supaya orang tahu, seniman mempunyai peguam. Sekiranya, mereka mempunyai masalah, mereka boleh mengadu di saluran yang tepat dan betul, di bawah biro aduan. Persatuan akan memainkan peranan dan bertindak dalam menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.” kata, Presiden Zed Zaidi.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad