Sakinah - Keputusan Di Tangan Ashraf Muslim

8 May 2013, 10:58am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Melalui akhbar Harian Metro hari ini, wanita yang dikatakan calon isteri kedua Ashraf Muslim telah tampil untuk meluahkan rasa sedihnya bila permohonan poligami pelakon tersebut diketahui umum, sekaligus menimbulkan kekecohan di Internet.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Sakinah itu memaklumkan Ashraf ada menasihatinya untuk bersabar serta menjamin akan bertanggungjawab ke atas perkara ini.

Menurut Sakinah, perkenalannya dengan Ashraf Muslim bermula sebelum dia mendirikan rumahtangga. Malah sudahpun berjumpa isteri Ashraf, Noor Dayana Lokman, Sakinah memberitahu Dayana sebaiknya ingin elak daripada dimadukan. Tetapi andai kata ia berlaku juga, dia redha.

Kini, keputusan terletak di tangan Ashraf. Sakinah pula berkongsi sudah melakukan solat Istiqarah dan telah pun diberikan petunjuk oleh Allah.

Artikel berkaitan:
Ashraf Muslim Kahwin Dua?

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)