Selebriti Popular Tak Tahu Tempat Kerja Suami
Satu demi satu kisah kemelut rumahtangga selebriti popular ini menjadi bualan ramai. Selepas suaminya didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan wanita lain, timbul pula desas-desus mengatakan selebriti ini tidak tahu di mana tempat kerja si suami.
Menurut sumber, selebriti ini menunjukkan reaksi terpinga-pinga apabila ditanya tentang jawatan dan tempat kerja baru suaminya. Walaupun dia akhirnya mengiyakan jawatan baru suaminya itu, tetapi riak wajahnya jelas menunjukkan dia sebenarnya tidak tahu status pekerjaan terkini suaminya. Aik! Kalau benar perkahwinannya tidak bergoncang dan masih tinggal sebumbung, masakan tidak tahu di mana suami bekerja. Melainkan pasangan ini sudah tidak berkomunikasi seperti dahulu.
Walau apa pun status pasangan ini, GUA mengharapkan perkahwinan mereka ini boleh diselamatkan. Kesian dengan anak!


