Serina Redzuawan Sekeluarga Sambut Aidilfitri Secara Sederhana

20 Aug 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sambutan Aidilfitri pelakon serta pengacara, Serina Redzuawan bersama suami, Gavin Salahudin Ghafar kali ini bertambah meriah dengan kedatangan ahli baru dalam keluarga mereka. Kehadiran puteri kesayangan mereka, Isabella Saffiya, 7 bulan menceriakan lagi lebaran tahun ini di samping anak sulungnya, Tristan Tareef, 2 tahun.

“Kami rasa seronok dan teruja sangat pada Raya kali ini sebab dah tambah ahli keluarga baru. Ini tahun pertama untuk Isabella beraya jadi kami sangat teruja untuk meraikan Syawal tahun ini. Kami memilih untuk menyambut Raya dan berkumpul di rumah nenek di Sungai Koyan, Pahang selama tiga hari. Namun yang sedihnya, Chef Wan tidak dapat beraya sekali bersama kami sebab dia pergi mengerjakan umrah pada tahun ini,” ujar Serina yang memilih tema warna kuning pada tahun ini.

“Kami menyambut lebaran secara sederhana tahun ini sebab tidak mahu membazir. Kami sentiasa ingatkan diri kami tentang kesusahan orang lain yang menyambut Syawal dalam keadaan serba kekurangan. Jadi kali ini, kami lebih mengutamakan persiapan anak-anak sementara saya dan Gavin akan memakai baju yang sama saja.”

Berkongsi mengenai sambutan Raya bersama suaminya seorang Mualaf berbangsa Inggeris, Serina memberitahu, “Saya untung sebab tak payah berebut dengan suami untuk balik Raya ke kampung. Alhamdulillah, Gavin seorang yang tak banyak songeh dan tak banyak hal. 

“Gavin juga seorang yang pandai membawa diri dan dia sangat senang menyesuaikan diri dengan orang kampung. Cuma satu saja, dia tak suka pakai butang baju Melayu sebab tak tahan panas. Mengenai juadah kegemarannya, Gavin suka makan rendang daging dan kuih tart nenas.”

Walaupun tidak pulang beraya di kampung halaman Gavin, namun menurut Serina, “Bulan Disember ini kami tetap akan pulang ke kampung Gavin di Croydon, London sempena cuti sambutan Krismas. Tahun lepas kami tak dapat balik sebab saya tengah sarat mengandung jadi tahun ini lebih meriah sikit sebab saya akan bawa balik anak bongsu kami bersama.”

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad