Sertai Suria FM, Reza Nafi Punya Masalah Dengan Astro

5 Aug 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Umum sedia maklum, penyampai radio popular, Reza Mohamed telah pun menyertai Suria FM secara rasmi bermula Isnin yang lalu. Keletah dan bicara jejaka kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini semestinya mengubati kerinduan peminat beliau setelah 6 bulan tidak ke udara.

Ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa anjuran Suria FM di Best Western Premier di ibu kota kelmarin, GUA bertanyakan Reza cerita sebenar di sebalik penyertaan beliau ke stesen ceria itu. Menurut Reza, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, tawaran itu menyedarkan beliau akan khidmatnya yang masih diperlukan dalam bidang radio tanahair.

“ Saya tinggalkan radio sebelum ini disebabkan saya mahu beri perhatian dan fokus pada studio saya. Desas-desus mengatakan saya punya masalah dengan pengurusan radio sebelum ini adalah tidak benar sama sekali. Dalam masa uruskan studio saya, kebetulan Suria FM tawarkan kepada saya peluang ini. Saya kira ini rezeki untuk saya dan perkembangan karier seni saya jadi saya ambil keputusan untuk terima tawaran ini “, ujar Reza.

Sebelum itu ketika Encik Yusry Abu Samah, Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM diacukan soalan dari GUA mengapa Reza menjadi pilihan, beliau menjelaskan personaliti Reza yang sentiasa ceria dan kepetahan Reza sewaktu menjayakan satu segmen jemputan di Suria sebelum ini menjadi sebab mengapa jejaka itu diplih. Dilihat berupaya memikat hati penonton dari segenap umur mahupun jantina, Reza diberi mandat mengemudi segmen Menu Ceria Suria dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari.

“ Insya-Allah, strategi saya untuk segmen ini adalah untuk memastikan pendengar ‘melekat’ bersama saya khususnya bagi yang sedang berkerja. Saya ada berbincang dengan pihak pengurusan untuk tampilkan beberapa idea bagi menjayakan misi ini “, tambah Reza lagi.

Menurut Reza lagi, walaupun baru beberapa hari bersiaran bersama radio tersebut, maklum balas yang diterima khususnya dari laman sosial Twitter dan Facebook amat menggalakkan dan mendorong beliau untuk terus memberikan yang terbaik.

“ Ramai peminat beritahu yang kerinduan mereka hilang bila dengan saya berceloteh macam mak nenek. Alhamdulillah. Saya bersyukur dengan reaksi yang positif dari mereka ini “, akhiri Reza yang hanya tersenyum bila diasak media berkenaan bayaran yang diterima.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad