Sheera Iskandar Kahwin Tahun Depan?
Gambar: Dari filem 'Aku Bukan Tomboy'
Sudah lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai pelakon yang membawakan watak Halimah, Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar dalam drama bersiri 'Halimah Jongang' yang disiarkan di Astro Prima suatu ketika dahulu.
Bertemu Sheera, sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Media Prima yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby semalam, sedikit sebanyak memberi ruang untuk GUA bertanyakan mengenai perancangan beliau menamatkan zaman bujangnya.
“Saya dah berkawan dengan dia dah dekat 4, 5 tahun. Alhamdulillah, selama saya dengan dia, tiada apa-apa masalah yang besar timbul. Kalau ada pun, kami cuba selesaikan dengan cara yang baik. Kemungkinan besar, InsyaAllah, tahun depan, saya akan berkahwin,” kata Sheera.
Selain itu, Sheera sempat berkongsi hasratnya untuk memiliki syarikat produksi sendiri.
“Buat masa sekarang, Sheera ingat nak buat bisnes tetapi masih fikirkan kos dan sebagainya. Untuk membuka syarikat produksi, ia memerlukan satu modal yang cukup besar dan Sheera perlu banyak menimba ilmu dalam bidang ini lagi. Tengoklah, kalau dah bersedia Sheera akan beritahu."
Peminat Sheera bakal melihatnya beraksi dalam filem 'KL Gangster 2' yang akan ditayangkan tidak lama lagi.


