Sherry Ibrahim Tak Tahu Pasal Ashraf Muslim

9 May 2013, 10:21am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sherry Ibrahim menjelaskan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai perkembangan bekas kekasihnya, Ashraf Muslim yang kini didakwa mempunyai isu dalam rumah tangga. Malah gadis tinggi lampai ini menyatakan bahawa dia langsung tidak berhubung dengan Ashraf.

“Apa yang saya tahu, dia ada membuka sebuah pusat perubatan Islam dan sebuah ‘production house’. Saya tak faham kenapa masih ada orang kaitkan saya dan dia, lagi-lagi sebab dia sudah berkahwin. Semenjak putus pada tahun 2009, kami langsung tidak berhubung sesama sendiri,” jelas Sherry yang juga menyangkal keputusannya menerima tawaran kerja sebagai pramugari di Doha, Qatar beberapa tahun lalu disebabkan Ashraf.

Bertemu gadis manis ini di majlis ramah mesra drama ‘Teduhan Kasih’ di Sri Pentas pada Rabu, Sherry mengakui sedang berpacaran dengan seorang jejaka. Cinta jarak jauh Sherry dengan jejaka yang berasal dari Mauritius ini sudah terjalin hampir setahun. Mengenali jejaka tersebut ketika bekerja di Doha, Sherry sering berhubungan dengannya menggunakan Whatasapp dan juga Skype.

Mengulas mengenai perkembangan kerjaya seninya, Sherry mengakui yang dirinya lebih berkeyakinan berbanding dulu.

“Jika dulu dalam industri hiburan saya masih ‘confuse’, kini saya tahu apa yang saya mahukan. Kalau boleh saya mahu mencuba watak yang berlainan daripada watak-watak yang pernah saya bawakan sebelum ini. Saya tak selektif, tetapi kalau boleh saya tidak mahu membawa watak yang sama sahaja,” ulas Sherry yang sebelum ini pernah popular menerusi drama 'Renjis', gandingannya dengan penyanyi Elyana.

Membawa watak Iffa dalam ‘Teduhan Kasih’ yang diadaptasikan daripada novel yang bertajuk sama, Sherry mengakui yang watak ini merupakan watak paling berat yang pernah dilakonkannya. Watak wanita teraniaya dan tabah ini diharapkan bakal memberi nuansa baru dalam perjalanan karier seninya kerana selama ini dia selalu dihujani dengan watak-watak antagonis.

“Bila saya tahu saya dapat watak ini, saya terus beli novel itu. Drama ini banyak berkisar mengenai kehidupan Iffa sendiri. Banyak adegan sedih yang perlu saya lakonkan tetapi watak Iffa itu sendiri adalah seorang wanita yang kuat walaupun dilanda cabaran dan kesusahan,” kata Sherry yang bergandingan dengan Adi Putra, Shah Iskandar dan Nabila Huda dalam drama ini.

'Teduhan Kasih' akan mula disiarkan di slot Akasia bermula 15 Mei 2013, menggantikan drama ‘Sedetik Cinta’. Jangan ketinggalan menyaksikan lakonan hebat Sherry Ibrahim dan para pelakon lain setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 malam di TV3!

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)