Siapa Pilihan Nadira? Ammar Atau Bazli?

2 Aug 2012, 12:32pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Malam ini pada pukul 7 malam akan terjawablah setiap persoalan yang sentiasa berlegar di minda peminat drama bersiri Dejavu Di Kinabalu. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Nadira? Adakah Ammar atau pun Bazli?

Setelah melalui pelbagai episod rintangan dalam percintaan tiga segi mereka, episod kemuncak drama bersiri itu akan meleraikan segala kekusutan yang berlaku setelah jantung Innara, tunang Ammar yang telah meninggal dunia didermakan kepada Nadira.

Kekeliruan fikiran Nadira yang telah jatuh cinta kepada Ammar telah meremukkan hati Bazli kekasih Nadira. Namun cinta Ammar yang masih utuh terhadap Innara menyebabkan hatinya terpaut kepada Nadira.

Dapatkah keluarga Bazli menerima semula Nadira? Atau adakah Nadira akan pergi mengadap Ilahi setelah penderitaan jiwa yang ditanggungnya?

Semuanya akan terjawab dalam episod kemuncak drama bersiri Dejavu Di Kinabalu yang akan disiarkan pada pukul 7 malam ini di TV3.

Drama itu dibintangi oleh Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma), Fadhilah Mansor (Suria), Aida Khaleeda (Fazeera), Dato’ Aziz Singah (Khairudin), Dian P. Ramlee (Norseha) dan Khaty Azean (Marisa).






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad