Siti Saleha Reka Kasut Sendiri

29 Mar 2013, 12:17pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sebut sahaja nama Siti Saleha, pasti anda dapat membayangkan lakonan mantapnya bersama Aaron Aziz dalam drama hangat TV3,  Nora Elena. Lengkap dengan pakej raut wajah yang rupawan, pelakon ini juga bijak dalam berfesyen.

Mengakui dirinya berani bereksperimen dengan variasi gaya dan penampilan, Siti Saleha sentiasa mengikuti aliran perkembangan fesyen semasa. Sesuai dengan citarasa fesyen sebegitu, rekaan Afiq Mohamed menjadi antara kegemaran Siti Saleha.

"Ini kali keempat saya memakai rekaan Afiq Mohamed. Saya suka dengan keberanian yang ditonjolkan dalam rekaan beliau. Konsep yang segar dalam masa yang sama tidak terlalu seksi. Fabrik yang digunakan serta corak yang menghiasi setiap busananya menarik perhatian saya," ujar adik kepada vokalis Bunkface ini.

Ditemui ketika Majlis Pelancaran Koleksi Fesyen Kree di Renoma Cafe semalam, Siti Saleha anggun mengenakan rekaan Afiq Mohamed. Dalam kata menyusun bicara, mata GUA tertarik akan keunikan kasut berwarna terang yang disarungnya ketika majlis itu. Tanpa berselindung, Siti Saleha membuka bicara bahawa kasut itu adalah hasil ilham dirinya sendiri.

"Kasut yang saya pakai ini adalah rekaan saya sendiri. Perancangan untuk hasilkan kasut rekaan sendiri itu memang ada dari dahulu lagi. Saya ingin bergerak sedikit demi sedikit. Mula-mula saya reka untuk kegunaan sendiri. Kemudian bila dah ada peluang untuk saya bertapak, barulah saya akan hasilkan secara komersial," kongsi Siti Saleha yang menerima maklum balas positif tentang sentuhan kasutnya itu dari peminat setelah memuat naik gambar kasut tersebut di laman Instagram.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, pelakon yang menyambut ulang tahun kelahirannya ke 23 pada 14 Mac lalu ini bakal menghabiskan baki beberapa babak filem 'Bikin Filem' yang menggandingkannya dengan Sharifah Amani dan Bront Palarae.

Konsep filem ala 'road movie' ini cukup unik apabila ia mengisahkan perjalanan empat sahabat melalui satu pengembaraan mengejar makhluk asing. 

"Ia satu konsep segar dan sebab itulah saya terima tawaran ini. Saya juga dalam proses pengambaran 'Memberku Hawa' musim kedua di samping menjadi duta kepada produk Kotex. Selain itu, saya akan muncul dengan filem 'KL Zombie' dan juga 'Pencinta' bersama Johan As'ari tahun ini," tambah Siti Saleha yang bakal bercuti ke Eropah untuk melawat ibunya di sana, selain melawat beberapa tempat menarik seperti Barcelona.

Jelas pelakon ini, Walaupun sesibuk mana pun aktiviti seninya, dia akan tetap meluangkan masa untuk melancong ke pelbagai tempat menarik. Kerana itulah, dia lebih gemar menerima tawaran lakonan yang dirancang lebih awal kerana bisa mengatur perjalanan karier seninya agar seiring dengan aktiviti sehariannya yang lain. 

Dalam masa yang sama, Siti Saleha juga mendedahkan dia menyimpan hasrat untuk bergelar seorang pengarah satu hari nanti. Buat masa ini, dia berhasrat mendalami ilmu perfileman agar mampu menghasilkan karya berkualiti kelak.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)