Siti Saleha Selesa Berlakon Filem Romantik

21 Oct 2013, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Pelakon utama drama bersiri ‘Memberku Hawa’, Siti Saleha menjelaskan yang dirinya lebih selesa berlakon filem genre romantik. Filem terbaru lakonannya, ‘Balada Pencinta’ yang bakal menemui penonton pada 24 Oktober, mengangkat tema romantik.

“Kalau boleh, saya mahu menjadi seorang pelakon yang ‘versatile’. Saya ingin menjadi seorang yang ‘balance’, boleh melakonkan watak komedi, romantik, aksi dan pelbagai watak lain lagi,” jelas Saleha memulakan perbualan.

“Namun begitu, boleh dikatakan yang saya selesa berlakon filem romantik sebegini. Ini kerana saya dapat bermain dengan lebih banyak emosi dan perasaan untuk saya menjayakan satu karakter romantik,” ulas Saleha ketika ditemui di majlis tayangan media filem ‘Balada Pencinta’.

                            

Dalam pada itu, filem ini juga merupakan filem pertama yang memaparkan Saleha sebagai gadis bertudung di layar perak.

“Ini kali pertama saya membawakan watak sebagai seorang gadis bertudung dalam filem. Dari segi penghayatan, semuanya baik-baik sahaja. Saya bersyukur kerana saya dapat menjayakan watak saya dalam filem ‘Balada Pencinta’ ini dengan mudah dan tanpa sebarang kesukaran,” tutur heroin drama bersiri ‘Nora Elena’ ini.

“Saya juga senang mendapat ‘chemistry’ apabila bergandingan dengan Johan As’ari. Sesi ‘rehearsal’ diadakan sebelum kami masuk ke dalam set penggambaran, jadi keserasian itu mudah untuk saya dapat bersamanya,” cerita Saleha lagi.

                           

Dalam perkembangan lain, dia kini sedang giat menjalani penggambaran untuk drama ‘Cerita Sebenar Mengenai Bibah’ yang bakal disiarkan di TV9. Drama tersebut menggandingkannya bersama Pekin Ibrahim. Saleha juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama istimewa sempena sambutan Maal Hijrah yang berjudul ‘Dari Sinar Mata’. Drama arahan Shuhaimi Lua itu menggandingkan Saleha dengan Shahrizal Jaszle, Jasmin Hamid dan ramai lagi, juga bakal disiarkan di TV9.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)