Sofi Jikan bertekak dengan Syamsul Yusof

19 May 2012, 11:08am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sinonim dengan watak antagonis, Sofi Jikan bukanlah nama yang asing dalam industri seni tempatan. Mempertaruhkan bakatnya sebagai dagangan, watak Sofi di dalam filem terbaru arahan Syamsul Yusof yang berjudul “ Jalan Kembali Bohsia 2” sungguh menonjol.

Sofi memainkan watak Keting - seorang mat rempit dan penjenayah picisan yang menjadi mimpi ngeri kepada setiap watak utama. Dengan lagak dialog yang pantas serta aksi yang penuh tenaga, Keting berjaya mencuri perhatian sepanjang filem ini.

Terdapat satu babak lakonan Sofi yang dijangka bakal menyinggung sensitiviti sesetengah pihak daripada sudut keagamaan. Babak itu membabitkan Keting bertemu seorang imam di depan masjid.

Sofi membawa mesej yang cuba disampaikan oleh Syamsul sebagai pengarah dengan penuh dinamik dan memberikan impak.

“Saya berdebat panjang dengan Syamsul kerana agak keberatan untuk melakonkan watak tersebut namun sebagai pelakon, saya merasakan lakonan itu tiada batasan,” katanya ketika di temui di sidang media filem terrsebut di The Curve.

Sofi turut menambah yang dia agak sensitif dengan babak-babak sebegitu namun tanggungjawab sebagai pelakon membuatkan Sofi beralah dan cuba melakonkannya secara ikhlas bagi menginterpretasi mesej yang hendak ditonjolkan kepada para penonton.

Namun terdapat juga komen yang mengatakan lakonan Sofi agak keterlaluan atau “over”, Sofi berpendapat yang seorang pelakon itu perlu memenuhi tuntutan suatu watak itu jadi watak yang berbeza akan menuntut tindakan yang berbeza.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad