Solekan Pelengkap Fesyen AJL

25 Jan 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Musim Anugerah Juara Lagu (AJL) semakin hampir. Kala ini semua polis fesyen majalah, akhbar, web portal dan ‘blogger’ sedia melaporkan dari karpet merah. Siapa-siapa melaluinya pasti takkan dapat melepaskan diri. Biarpun tidak sefanatik Hollywood, namun kemeriahan karpet merah di Malaysia tidak kurang hebatnya.

GUA bertanyakan mekap artis profesional, Daya Yunus, ramalan solekan 2012 di AJL26 akan datang. Apakah muslihat solekan terbaik untuk kelihatan lebih menawan. Banyak pengalaman telah diceduk Daya dan GUA hanya membariskan segelintir darinya.

Daya Yunus, 28, berpengalaman lapan tahun dalam dunia solekan. Sebelum ini bertugas di Prescriptives Cosmetics dan M.A.C Cosmetics sebelum bergerak sendiri di lapangan solekan. Selain projek tempatan, Daya juga terlibat dengan majalah Sutra dari Singapura, laman web Vogue Italia, MTV Asia Awards 2008 dan menjadi mekap artis pilihan pereka fesyen Hana Tajima.



Sering diundang oleh majalah InTrend, Eh!, Cosmopolitan, Remaja, Skawaii, Nona, Remaja, Maskulin, Astro View dan The Star. Juga, telah biasa berada di belakang pentas teater (P.Ramlee the Musical 2008, Puteri Gunung Ledang the Musical 2009 dll.), pertunjukan fesyen (KL Fashion Week, mIfa, Stylo, MASiF, DKNY Fashion Show Gala, Mulberry Fashion Show dll.), majlis anugerah (Shout Awards, ntv7 Golden Awards dll.), rancangan TV dan iklan.

Bagaimana Daya menyediakan seseorang artis ke karpet merah?
Saya akan putuskan solekan bagaimana paling sesuai buat selebriti atau artis itu. Selalunya saya sediakan ‘face chart’ terlebih dahulu dan bentangkan kepada artis. Sebelum memulakan kerja, saya akan berbincang dengan artis konsep apa yang dimahukannya. Jika melibatkan ‘stylist’ atau pereka fesyen, kami akan duduk bersama-sama menentukan solekan apa dirasakan paling sesuai dengan baju dipakai, dirasakan sesuai mengikut trend solekan musim itu.

Tips solekan daripada Daya?
Segala-galanya bergantung pada apa pereka dan selebriti mahu tampilkan pada acara itu. Tidak semua solekan bergantung pada potongan pakaian apa yang sesuai dengan solekan apa tetapi keseluruhan konsep dan ‘mood’ yang mahu ditonjolkan pereka. Contohnya, mereka mahu tampilkan imej sensual, romantik, glamor atau ‘edgy’ dan sebagainya.



Pilihan warna juga penting sama ada mereka mahukan lebih dramatik atau semula jadi atau sensual, bergantung pada pilihan warna ‘complimentary’ atau ‘monochromatic’ pada solekan. Penekanan diberikan dari hujung rambut hingga hujung kaki yang berkait di antara satu sama lain dari rambut, solekan, pakaian dan ‘mode’. Tips saya mudah, selalulah ikut trend solekan yang sesuai dengan konsep pakaian dan tema acara. ‘Keep beautiful and radiant makeup’. Saya percaya, ‘less is more’.

Apakah solekan paling sesuai dan sealiran dengan trend solekan 2012?
Trend solekan bagi Musim Luruh/Panas 2012, lebih kepada ‘bronze’ dan ‘gold’ untuk mata manakala wajah pula sangat ‘nude’ bersih dan ‘porcelain look’. Terdapat juga ‘pastel’ solekan mata nyatanya lebih lembut selain dari ‘flushed cheek’ dan warna bibir yang sangat ‘bold’ seperti sapuan oren, merah klasik dan ‘coral’.  Solekan ke karpet merah bagi saya sebaiknya dikekalkan - ‘A Beauty Makeup’ - kerana konsep ‘glamourous’ itu tetap penting. Nama lagi untuk karpet merah.



Ramalan solekan AJL 26?
Saya rasa solekan di karpet merah tahun ini lebih ‘clean’, ‘porcelain skin’ dan ‘golden eyes’ atau ‘gold goddess look’. Solekan klasik sangat sinonim dengan karpet merah dan pastinya sentiasa kelihatan cantik iaitu ‘porcelain face’ ditambah bibir munggil merah atau ‘traffic-stopping lips’ dan celak terang. Selain itu, ramalan saya akan banyak mainan bibir gincu rona neon seperti oren dan ‘coral’. Solekan mata pula ‘nude’ dan lebih lembut.

Solekan tak patut ada di AJL 26?
Gaya solekan moden paling banyak digayakan seluruh dunia. Solekan tak sepatutnya ada di karpet merah atau sudah tidak ‘intrend’ bagi saya semestinya solekan tebal dan ‘cakey foundation’ ditambah solekan mata, bibir dan pipi yang juga tebal. Solekan artistik atau terlalu ‘wild’ juga tidak sesuai melainkan pada acara-acara tertentu sahaja. Tetapi bukan di karpet merah. Sepatutnya solekan karpet merah lebih kepada ‘beauty makeup’, ‘glamorous’, ‘flawless’ dan ‘effortless’.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)