Tentukan Juara My School Rocks!

18 Jul 2012, 10:15am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Ujibakat My School Rocks! 2012 telahpun tamat. Sekarang tiba masanya untuk mengundi dan menyokong pasukan kegemaran anda!

Saksikan video 10 pasukan finalis di Disney Channel (Saluran ASTRO 615) dan laman web Disney Channel (www.disneychannel-asia.com/MSR). Undian dibuka dari 28 Julai hingga 12 Ogos 2012!

                        

Sepuluh pasukan ini terdiri daripada finalis setiap ujibakat negeri (Perak, Johor, Sabah dan Lembah Klang) dan ujibakat online - satu dari Kategori Sekolah Rendah dan satu dari Kategori Sekolah Menengah – selepas diadili oleh pihak pengadil termasuklah pengadil selebriti Linda Jasmine dan Sazzy Falak.

Di tahap ini, setiap pasukan finalis telah memenangi piala, sijil, set peralatan muzik dan hadiah istimewa dari Disney Channel. Tetapi selepas undian awam, hanya satu pasukan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang akan memenangi penginapan 3 hari 2 malam di Disneyland Hong Kong!

                

Pasukan Finalis:
Kategori Sekolah Rendah
SJK (C) Ave Maria Convent, Perak
SK Seri Melati, Johor
SJK (C ) St. James, Likas, Sabah
SK Convent (1) Bukit Nanas (M), Kuala Lumpur
St. Christopher International Primary School, Pulau Pinang (online)

                 

Kategori Sekolah Menengah
SMK Poi Lam Ipoh, Perak
SMK Damai Jaya, Johor
SM La Salle, Sabah
SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
SMJK Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang (Online)

Sokonglah pasukan kegemaran anda dengan mengundi di www.disneychannel-asia.com/MSR antara 28 Julai hingga 12 Ogos 2012 – ingat: 50% daripada jumlah markah setiap pasukan adalah dari undian awam. Sementara itu, baki 50% diadili oleh pengadil berdasarkan koreografi; persembahan; kostum dan prop; sifat berpasukan dan kesukanan; dan konsep tarian. Pemenang hadiah utama akan diumumkan di Disney Channel (ASTRO Channel 615) pada 25 Ogos 2012!






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad