Tuhan Satukan Saya & Bront - Maya Karin

22 Jun 2012, 10:01am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Sewaktu menghadiri majlis pelancaran filem terbaru Osman Ali, ‘Jwanita’ di Paradiso Lounge, baru-baru ini, GUA tertarik melihat keakraban pasangan pelakon, Maya Karin dan Bront Palarae. Jika tidak dipandang dari sudut profesionalisme mereka sebagai rakan artis, kemesraan dua artis berbakat besar ini boleh dilabelkan sebagai pasangan kekasih.

Diusik mengenai perkara ini kepada Maya Karin, pelakon ‘Ombak Rindu’ itu sambil tersenyum menjawab, “Saya cintakan Bront sebagai aktor dan juga kawan. Bagi saya, dia kawan saya yang paling rapat dalam industri.

“Cara kami berfikir, tidak kira sama ada mengenai isu masyarakat, politik, muzik atau filem, sama saja. Pemikiran kami banyak persamaan dalam segenap aspek,” ujar Maya mengulas mengenai keakraban mereka.

Tambah Maya lagi, “Ini kali ke-6 kami bergandingan dalam filem dan apa yang boleh saya katakan, Tuhan satukan saya dengan Bront dalam filem saja,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Dalam perkembangan lain, Maya yang sudah menjalani kehidupan solo selama hampir dua tahun ini dilihat hadir di sebuah majlis makan malam bersama seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, baru-baru ini.

Pemilik nama Maya Karin Roelcke ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Datuk berkenaan dan hanya berkawan baik sejak empat tahun lepas.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad