Ujibakat Idola Kecil 5 Bermula

22 Sep 2012, 12:00am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

TV9 (Saluran 119) sekali lagi membawakan program realiti kanak-kanak nombor satu negara, Idola Kecil yang kini sudah masuk musim kelima. Program yang pernah mencecah ratings sehingga 1.5 juta penonton ini menyaksikan bakat-bakat cilik beraksi membuktikan bahawa bakat tidak mengenal usia.

Pencarian bakat-bakat baru Idola Kecil musim kelima akan berlangsung pada 22 September hingga 14 Oktober ini. Sesi-sesi ujibakat akan diadakan di empat destinasi termasuk Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Putrajaya, bermula seawal 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Berikut adalah semua lokasi ujibakat Idola Kecil:

Tarikh                                 Lokasi
22 & 23 September 2012    Hotel Holiday Inn Batu Ferringhi, Pulau Pinang
29 & 30 September 2012    Hotel The Zon Regency By The Sea, Johor Bharu
6 & 7 Oktober 2012            Hotel Permai, Kuala Terengganu
13 & 14 Oktober 2012        Alamanda, Putrajaya

Mereka yang berminat perlu membawa salinan fotostat kad pengenalan Mykid mereka dan gambar berukuran paspot. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 9 hingga 12 tahun. Senarai lagu-lagu ujibakat adalah seperti berikut:

1.    Cari Jodoh – Wali Band
2.    Carta Hati – Najwa Latif
3.    Tanpa Mu – Amir Jauhari
4.    Aku Skandal – Hujan
5.    Lelaki Seperti Aku – Alif Satar
6.    Patah Seribu – Shila Amzah

Sesi ujibakat juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular negara seperti Dafi, Awi Rafael, Ana Rafali, Aliff Aziz dan juga peserta-peserta Idola Kecil musim-musim yang lalu.






Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad