Undian Anugerah BlockBuster 2011 Dibuka

20 Sep 2012, 11:33am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bakal melangsungkan satu anugerah berprestij iaitu ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011 bagi menjayakan lagi industri perfileman Malaysia. PFM akan bekerjasama dengan Astro Ria dan Radio ERA sebagai penyiar radio rasmi untuk anugerah berprestij ini. ANUGERAH BLOCKBUSTER 2011 akan diadakan pada 6 Oktober 2012, pada jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Buat pengetahuan anda semua, anugerah ini merupakan anugerah pilihan penonton yang akan menjadi acara tahunan bermula tahun ini. Penonton akan diberi kuasa untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Para penonton boleh mengundi melalui laman web www.anugerahblockbuster.com.my. Laman web ini telah dibuka sejak 3 September 2012, untuk memberi peluang kepada penonton untuk mengundi dan memilih filem dan artis kegemaran mereka.

Anda juga berpeluang untuk mengundi secara SMS (setiap SMS akan dicaj RM0.50), and undian secara hanya akan ditutup pada jam 6 petang sebelum siaran langsung Anugerah Blockbuster pada jam 9 malam bertarikh 6 Oktober 2012.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad