Ungku Ismail Tak Kejar Populariti, Elak Gosip

1 Jan 2013, 03:28pm   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Gambar (dari kiri ke kanan): Ungku Ismail, Ku Fridah, Wan Sharmilda dan Zul Ariffin

Kemunculan awal jejaka kacak ini bertitik tolak dari lakonannya dalam drama 'Sutun 2' yang mencipta fenomena tersendiri beberapa tahun lalu. Ketika itu, usianya masih muda dan pengalaman setahun jagungnya menyebabkan beliau berusaha mendalami selok-belok dunia seni tanahair.

Hari ini, pemilik nama sebenar Ungku Ismail Aziz mampu tersenyum kerana bukan sahaja bergelar seorang aktor, malah kerusi pengarah yang diidamkan pun sudah dimiliki.

Ditemui ketika pelancaran drama 'Debunga Lalang' lakonan beliau minggu lalu, Ungku Ismail yang juga pernah membintangi drama terbaik Anugerah Skrin 2011, 'Antara Garisan' berkata beliau mempunyai impian tersendiri untuk menghasilkan satu ‘masterpiece’ yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

Banyak menghabiskan masanya berkarya ketika lapang, graduan kejuruteraan mekanikal ini bersyukur kerana dapat melakukan sesuatu yang diminatinya.

“Saya memang minat berlakon dan saya tak rasa menyesal untuk tidak teruskan apa yang saya dah belajar sebelum ini. Banyak yang dah di pelajari dan saya akan terus kumpul ilmu dalam bidang ini. Saya banyak mendapat inspirasi dari pembikin filem Hollywood seperti Al Pacino", ujar beliau yang pernah mengarahkan drama seperti 'Antara Garisan The Series' dan 'Ramadhan Terakhir'.

       

Beliau yang jarang sekali dihambat gosip menjelaskan kehadirannya dalam industri lakonan bukanlah untuk mengejar populariti. Malah kontroversi yang melanda beliau beberapa tahun lalu kerana mempunyai hubungan dengan pelakon Zarina Zainordin juga menyebabkan beliau lebih berhati-hati melangkah dalam dunia seni.

“Saya bukannya takut gosip cuma saya kalau boleh nak elakkannya. Ini semua ada kaitan dengan nama baik keluarga yang perlu saya jaga. Mak saya ibu tunggal jadi saya tak mahu perkara sebegini memberi kesan kepada orang yang saya sayang.

“Nak kata saya takkan bercinta dengan orang seni, saya pun tak boleh nak kata apa-apa sebab jodoh bukan kuasa saya. Cuma buat masa sekarang saya tumpukan perhatian untuk bina kerjaya seni saya."

Menurut jejaka berusia 26 tahun ini lagi, beliau tidak kisah jika perjalanannya menujuk ke puncak mengambil masa yang lama. Bagi beliau, peningkatan kariernya yang sedikit demi sedikit itulah yang memungkinkan beliau untuk terus lama bertahan dalam industri seni ini.

Beliau bakal muncul mengisi slot Azalea di TV3 bermula 2 Januari menerusi drama arahan Azma Aizal Yusoof, 'Debunga Lalang'.

Google Ads


Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)