Vokal Siti Mengalir Indah Dalam Lagu Ombak Rindu - Hafiz

16 May 2012, 10:37am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Akhirnya impian Hafiz untuk berduet dengan Dato’ Siti Nurhaliza menerusi lagu tema filem Ombak Rindu menjadi kenyataan. Lagu Ombak Rindu itu dinyanyikan secara duet di acara Hari Ibu bersama Dato Siti Nurhaliza yang berlangsung di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya Ahad lalu.

“Saya sangat berbesar hati apabila Dato’ Siti Nurhaliza sudi untuk menerima pelawaan saya yang dilakukan menerusi akaun Twitter baru-baru ini. Impian saya untuk berduet dengannya akhirnya tercapai.” ulas Hafiz yang agak kecewa apabila tidak dapat berduet dengan Siti dalam program Mania.

“Memang saya kecewa, tetapi saya faham dengan jadual kerja Siti. Sudah pasti dengan kredibiliti dan pengaruh yang dimiliki Siti, jadualnya sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti dan acara yang perlu dihadirinya. Saya lebih terharu apabila Siti menghubungi saya sendiri secara peribadi bagi memaklumkan mengenai penolakan tersebut. Saya kagum dengan sifatnya yang sangat merendah diri.” tambah Hafiz lagi.

Hafiz juga menganggap duetnya bersama Siti dalam lagu tema filem lakonan Aaron Aziz dan Maya Karin itu sebagai yang terbaik pernah dipersembahkannya. Sebelum ini, Hafiz pernah berduet dengan Adira, gandingan asal penyanyi lagu tersebut dan pelakon Maya Karin sewaktu di program Mania.

“Terbaik! Saya akui Siti merupakan penyanyi yang paling senang untuk berduet dengannya. Selalunya saya susah untuk mendapatkan keserasian dengan penyanyi lain, tetapi dengan Siti amat senang. Cara nyanyiannya masuk dengan lagu tersebut dan lenggok vokalnya mengalir dengan indah sekali dalam lagu itu.” jelas Hafiz yang juga merupakan pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini.

Sabtu ini, Hafiz bakal berentap di persaingan akhir program Mania bersama Jaclyn Victor, Aril, Hazama dan Stacy bagi merebut hadiah wang tunai RM500,000 sekiranya berjaya bergelar juara.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad