Yuna Sibuk Jelajah US Setelah Album Diedarkan Di Sana

26 Apr 2012, 12:15am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Akhirnya, album sulung Yuna yang dihasilkan sepenuhnya di Amerika Syarikat mula berada di pasaran 24 April lalu. Berada di bawah naungan Fader Label, pemenang trofi Penyanyi Wanita Popular ABPBH2011 itu bekerjasama dengan beberapa nama besar di sana antaranya Pharrell Williams, Chris Blade, Guy Sebastian, Andre Harris dan James Bryan.

Antara lagu-lagu yang mendapat perhatian peminat muzik di sana termasuklah lagu yang bertajuk Lullabies, Favourite Thing, Live Your Life dan Bad Idea. lagu-lagu yang disenaraikan adalah lagu yang turut dipuji portal-portal hiburan seperti MTV Iggy dan blog hiburan popular Perez Hilton.

Album itu juga boleh dibeli secara online di iTunes dan Amazon. Setakat ini, album tersebut menduduki kedudukan ke 80 album popular di iTunes hanya tinggal beberapa unit di Amazon.com.

Track
01. Lullabies (Diterbitkan oleh Chris Blade) 4:05
02. Favourite Thing (Diterbitkan oleh Chris Blade) 3:39
03. Remember My Name (Diterbitkan oleh Yuna & Andre Harris) 3:37
04. Decorate (Diterbitkan oleh Chris Blade) 3:44
05. Planes (Diterbitkan oleh James Bryan) 3:01
06. Bad Idea (Diterbitkan oleh Pharrell) 3:21
07. Island (Diterbitkan oleh Chris Blade) 4:10
08. Tourist (Diterbitkan oleh James Bryan) 3:45
09. Fading Flower (Diterbitkan oleh Andre Harris & Guy Sebastian) 3:16
10. See You Go (Diterbitkan oleh Pharrell) 4:07
11. Stay (Diterbitkan oleh Andre Harris) 3:22
12. Live Your Life (Diterbitkan oleh Pharrell) 3:13
13. Loud Noises (Diterbitkan oleh Chris Blade) 3:22

Sempena pelancaran albumnya itu, Yuna akan menjelajah serata Amerika Syarikat bagi mempromosikan album tersebut. Antara destinasi yang bakal dikunjunginya termasuk Chicago, Detroit, New York, Boston, Atlanta, Denver dan Los Angeles.

Jelajah Promosi Yuna

April 26 New York, NY @ SOB’s – Hot 97′s Who’s Next Live
April 28 Columbia, MD @ Sweetlife Festival at Merriweather Post Pavilion
May 29 Indianapolis, IN @ Deluxe at Old National Center
May 31 Milwaukee, WI @ Shank Hall
Jun 1 Chicago, IL @ Schubas Tavern
Jun 2 Detroit, MI @ The Shelter
Jun 7 New York, NY @ (Le) Poisson Rouge
Jun 8 Boston, MA @ Brighton Music Hall
Jun 9 Charlottesville, VA @The Southern
Jun 11 Atlanta, GA @ Vinyl
Jun 13 St. Louis, MO @ Blueberry Hill
Jun 15 Denver, CO @ Bluebird
Jun 16 Salt Lake City, UT @ Urban Lounge
Jun 18 Portland, OR @ Doug Fir Lounge
Jun 24 Saint Paul, MN River’s Edge Music Festival
Jun 25 Los Angeles, CA @ Troubadour
Ogos 5 Chicago, IL @ Lollapalooza

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)