Zahida Rafik Masih Single, Nafi Ada Hubungan Dengan Menteri

26 Apr 2012, 09:57am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Selepas satu minggu kontroversi panas yang melibatkan pelakon Zahida Mohamed Rafik dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkaitan kes penerimaan wang berjumlah RM 1.5juta hangat diperkatakan, Zahida akhirnya tampil memberi kenyataan rasmi kepada pihak wartawan, petang semalam.

“Saya tak tahu menahu langsung dan tidak terlibat. Segala kontroversi yang berlaku, saya serahkan kepada peguam. Saya mahu peguam selidik dulu mengenai kes ini. Saya sendiri agak terkejut dan tak sangka nama saya dikaitkan dalam kontroversi ini. Sebelum ini saya hanya buat laporan polis mengenai wang saya yang dilarikan, tapi kini saya pula yang dikaitkan,” ujar Zahida mengakui tertekan dengan isu yang melanda.

“Apabila dikaitkan, saya agak tertekan, namun lama-kelamaan saya mengambil perkara ini sebagai satu yang positif. Bagi saya, kontroversi yang timbul adalah gosip semata-mata dan saya anggap ia sebagai asam garam dunia artis.”

Ditanya mengenai kesukaran untuk menghubunginya sebelum ini bagi mendapatkan penjelasan sebenar darinya, Zahida memberitahu, “Saya baru tampil membuat kenyataan selepas satu minggu kontoversi ini berlaku kerana takut jika awal-awal saya bagi penjelasan, saya akan terlepas cakap. Malah, atas nasihat peguam juga, saya tak nak bagi sebarang komen.”

Zahida ketika ditemui pada majlis pelancaran aksesori Nur of Alexadria, petang semalam turut ditebak oleh pihak media dengan persoalan mengenai statusnya dengan ahli politik tersebut.

“Saya tak kenal Menteri tersebut secara peribadi tapi saya tahu yang dia seorang Menteri. Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Menteri itu dan saya akui saya masih single. Saya juga belum berkahwin dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa sebelum ini.”

Ditanya apakah tindakan yang akan diambilnya selepas ini, Zahida memberitahu, “Jika boleh, saya nak pemandu saya diambil tindakan dan saya rancang untuk menyamannya. Saya tak sangka pemandu saya buat macam itu kat saya. Apa yang saya tahu dia baik dan saya hairan kenapa dia sanggup buat macam itu dengan saya. Sejak wang saya dilarikan, saya tak pernah jumpa pemandu saya lagi. Jika betul dia tak mencuri, dia boleh datang terus jumpa saya,” ujar Zahida mengakhiri perbualan.

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)