iTunes Store Malaysia Dilancarkan, Beri Manfaat Kepada Penyanyi Tempatan
Apple hari ini mengumumkan pelancaran iTunes Store di Malaysia, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan beberapa lagi negara Asia bagi mendapatkan pilihan lagu-lagu tempatan dan juga antarabangsa daripada label antarabangsa dan juga indie.
Antara karya artis yang boleh diperolehi di iTunes Store termasuk Adele, The Beatles, Jason Mraz dan ramai lagi. Pelanggan boleh memilih lebih daripada 20 juta lagu untuk dimuat turun dan dibeli di portal tersebut.
Servis ini boleh dimanfaatkan oleh artis tempatan dengan memperluaskan pasaran mereka bukan sahaja di peringkat tempatan, malah antarabangsa. Contohnya album terbaru Yuna yang hanya dipasarkan di Amerika Syarikat, kini boleh dibeli secara sah oleh peminat muzik tempatan.
Adibah Noor contohnya telah mula mendapatkan maklumat mengenai cara-cara untuk meletakkan lagu nyanyiannya ke iTunes Store.
Trend masakini menunjukkan yang remaja lebih gemar mendengar muzik secara online.
Servis terbaru ini turut boleh digunakan oleh pelanggan muzik di Brunei, Filipina, Thailand dan Vietnam. Pelanggan juga boleh menyewa dan membeli pilihan filem-filem dari penerbit gergasi dunia antaranya 20th Century Fox, Paramount Pictures, Sony Pictures Home Entertainment dan The Walt Disney Studios.
iTunes Store boleh dilayari dengan menggunakan iPhone, iPad, iPod, Mac dan pengguna PC untuk mendapatkan dan membeli kandungan muzik secara sah.


