iamneeta Artis Baru NAR Records

6 Apr 2012, 12:07am   |     |    Utama > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:

Selepas berjaya mencungkil bakat Najwa Latif melalui YouTube, NAR Records Sdn Bhd maju setapak lagi dengan menandatangani kontrak dengan seorang lagi artis baru iaitu kumpulan iamneeta.

Baru-baru ini, iamneeta telah di lamar NAR Records untuk menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman itu seperti Mimie Haris dan Najwa Latif.

Bakat iamneeta juga dikesan melalui laman sosial YouTube apabila video-video nyanyian mereka berjaya menarik perhatian pihak NAR. Kumpulan yang dianggotai tiga anak muda ini terdiri dari Neeta selaku vokalis serta Anas dan Patrick sebagai gitaris.

         

Single pertama kumpulan ini berjudul “Tuhan Tolong Aku” dan akan dilancarkan tidak lama lagi. iamneeta mendapat sambutan baik dari peminat ketika siri Jelajah Sahabat lalu, meskipun single mereka belum di lancarkan. Mereka juga banyak menerima undangan nyanyian di sekitar Kuala Lumpur dan di seluruh negara.

Satu kelebihan kumpulan iamneeta adalah vokalis utamanya Neeta merupakan gadis kacukan Cina, India dan Thailand yang begitu fasih berbahasa Melayu, selain bahasa Inggeris dan Mandarin.

iamneeta juga mempunyai bakat dalam penulisan lagu. Single pertama mereka, “Tuhan Tolong Aku” adalah hasil tulisan gitaris mereka, Patrick. Menurut mereka, single ini sangat bermakna selain dapat merealisasikan cita-cita untuk merakam lagu mereka sendiri. Ia juga hadiah buat para peminat yang telah lama menantikan single ciptaan mereka sendiri.

Anda boleh mengikuti perkembangan iamneeta di

Facebook Fanpage: iamneeta
Twitter: @iamneeta3
youtube: www.youtube.com/iamneeta

Google Ads
Komen Anda





Cari



JOM JOIN!

Tentang Kami | Terms Of Use
© Gua.com.my 2014 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad (272025-V)