Blog Posts
-
Fasha Tidak Profesional
by Cik Andalusia | 05/04/2011 23:12:29 | in Blogs, CIK ANDALUSIA, | 2 comments
Sebelum Cik Andalusia bercerita lebih panjang, Cik Andalusia hendak ucapkan tahniah kepada Fasha Sandha kerana tahun ini berjaya merampas kembali gelaran Pelakon TV Wanita Popular yang disandang oleh Tiz Zaqyah pada tahun lalu. Selain itu, Fasha juga tidak di‘boo’ oleh penonton di Arena Of Stars. Bagaimanapun, ada satu insiden yang membuatkan Cik Andalusia kecewa dengan Fasha. Ingatkan selepas mendapat kemenangan itu, dia tidak kisah berkongsi kegembiraannya itu dengan mana-mana pihak media. Tetapi lain pula jadinya. Menurut rakan Cik Andalusia, ketika dia dan dua rakan yang lain sedang menemubual Fasha, pelakon yang kaya dengan kontroversi ini buat endah tidak endah sahaja....
-
Penyampai Radio Simpan Dendam?
by Cik Andalusia | 17/02/2011 18:14:44 | in Blogs, CIK ANDALUSIA, | 0 comments
Cerita yang baru sampai ke telinga Cik Andalusia bukan perkara baru dalam industri hiburan. Perangai dengki-mendengki dan menyimpan dendam ini sudah selalu berlaku. Kali ini ia melibatkan seorang penyampai radio lelaki yang suam-suam kuku. Kalau anda masih ingat, penyampai radio ini pernah mencipta kontroversi apabila sebuah kumpulan muzik bertindak meninggalkan konti kerana bengang dengan sikapnya yang serba tidak tahu. Walaupun penyampai itu sudah memberi penjelasan, tetapi masih ramai peminat di luar sana tidak boleh menerima alasan yang diberikan. Baiklah, itu kisah lama. Ingatkan semuanya sudah selesai. Tetapi rupa-rupanya tidak. Menurut sumber rapat dengan stesen radio berkenaan, penyampai radio ini masih berdendam dengan...
-
Selebriti Mengidam Gelaran Datuk
by Cik Andalusia | 10/02/2011 11:26:58 | in Blogs, CIK ANDALUSIA, | 0 comments
Baru-baru ini Cik Andalusia keluar minum dengan seorang rakan yang terlibat secara langsung dalam industri hiburan. Dalam banyak-banyak perkara yang dibualkan, Cik Andalusia terkejut mendengar kisah yang satu ini.
-
Siapa Pakai Tak Senonoh?
by Cik Andalusia | 01/12/2010 10:58:38 | in Blogs, CIK ANDALUSIA, | 2 comments
Agak lama juga Cik Andalusia tidak bergosip dengan member-member GUA. Bukan sudah tidak mengambil tahu tentang dunia hiburan, tetapi Cik Andalusia lebih suka bercerita tentang benda-benda elok daripada yang tidak elok. Tetapi kali ini, Cik Andalusia ingin bercerita tentang seorang penyanyi wanita yang Cik Andalusia temui ketika menghadiri sebuah parti yang dianjurkan oleh sebuah majalah gaya hidup baru-baru ini. Penyanyi wanita tinggi lampai tampil ke majlis ini dengan pakaian yang cukup menyakitkan mata. Baju yang dipakainya bukan sahaja terdedah sana sini tetapi sangat ketat sehingga menampakkan garisan seluar dalam. Kalau ya pun hendak nampak seksi, tidak perlulah memalukan diri sendiri. Garisan seluar dalam...
-
Pasangan Popular Check-in di Hotel?
by Cik Andalusia | 21/09/2010 17:08:21 | in Blogs, CIK ANDALUSIA, | 3 comments
Sebaik pulang dari kampung kerana berhari raya, Cik Andalusia dikejutkan dengan gosip panas ini. Menurut seorang sumber, seorang pelakon lelaki dan wanita popular telah mendaftar masuk di sebuah hotel di Subang Jaya baru-baru ini. Jelas sumber itu, maklumat itu diperolehinya daripada seorang rakannya yang kebetulan bekerja di hotel itu. Persoalannya, adakah benar apa yang yang dilihat oleh rakannya itu? Silap-silap pelanduk dua serupa? Tetapi, kalau difikirkan, takkanlah rakan sumber itu tidak mengenali kedua-dua pelakon popular itu. Wajah mereka memang selalu terpampang di kaca televisyen. Kalau benarlah apa yang disampaikan kepada Cik Andalusia ini, terbuktilah bahawa gosip-gosip tentang mereka sebelum ini adalah benar....
-
Produksi Tak Bayar Hutang
by Cik Andalusia | 22/08/2010 00:51:52 | in Blogs, CIK ANDALUSIA, | 0 comments
Dalam bulan Ramadhan ini Cik Andalusia kalau boleh tidak mahu bergosip kerana tidak mahu menjejaskan pahala puasa. Tetapi kisah yang satu ini membuatkan Cik Andalusia geram sangat. Tindakan sebuah syarikat produksi terkenal ini memang tidak patut kerana menganiaya penduduk kampung.
-
Masih Menggatal?
by Cik Andalusia | 20/07/2010 18:02:44 | in Blogs, | 1 comments
Sudah agak lama Cik Andalusia tidak sampaikan gosip menarik untuk member-member GUA. Bukannya malas, tetapi sibuk dengan perkara yang lebih penting. Kali ini Cik Andalusia hendak berkongsi cerita tentang suami seorang selebriti popular tanahair.
-
Sudah Pandai Berlagak Diva!
by Cik Andalusia | 24/06/2010 18:01:24 | in Blogs, | 0 comments
Sejak akhir-akhir ini banyak pula cerita yang tidak elok tentang penyanyi lelaki ini yang sampai ke telinga Cik Andalusia. Tidak lama dahulu, Cik Andalusia ada cerita yang dia pernah berkelakuan kurang ajar dengan pihak media, dan baru-baru ini dia buat perangai dengan pihak produksi pula.
-
Pelakon Lelaki Popular Pernah Kahwin?
by Cik Andalusia | 31/05/2010 17:59:17 | in Blogs, | 0 comments
Cerita yang Cik Andalusia hendak sampaikan ini bukanlah cerita baru di kalangan wartawan hiburan. Tetapi, baru hari ini Cik Andalusia tergerak untuk berkongsi cerita dengan member-member GUA.
-
Artis Wanita Kena Sakit Kelamin?
by Cik Andalusia | 27/05/2010 17:54:59 | in Blogs, | 0 comments
Sejak akhir-akhir ini memang banyak cerita sensasi tentang artis-artis. Terbabit dengan dadahlah, pukul oranglah, pukul anaklah dan yang paling popular, bercerai-berai. Tapi, ada satu lagi kisah yang mengejutkan Cik Andalusia. Tidak sangka artis yang disebutkan berperangai buruk sehingga boleh dijangkiti penyakit kelamin.
Blogger Profile
Berperawatakan menarik dan ala-ala artis, Cik Andalusia memang hebat apabila ‘mengintai’ ke dalam dunia artis. Gosip-gosip panas artis tempatan bagaikan berada di dalam poket bajunya. Maklumlah, sudah lama berlegar dalam bidang kewartawanan hiburan. Walaupun mulutnya agar kepoh, tetapi Cik Andalusia juga baik hatinya. Bukan semua gosip sedia didedahkan secara terang-terangan. Kalau yang mengaibkan, jangan mimpi Cik Andalusia hendak dedahkan nama artis tersebut. Pandai-pandailah teka sendiri.
Popular Posts
-
Pasangan Popular Check-in di Hotel?
3484 views | 21/09/2010 17:08:21
-
Masih Menggatal?
2685 views | 20/07/2010 18:02:44
-
Siapa Pakai Tak Senonoh?
2599 views | 01/12/2010 10:58:38
-
Dato' Siti vs Faizal Tahir
2579 views | 22/02/2010 17:45:51
-
Pelakon Lelaki Popular Pernah Kahwin?
2458 views | 31/05/2010 17:59:17
-
Dato' Siti vs Faizal Tahir
2579 views | 22/02/2010 17:45:51
-
Pasangan Popular Check-in di Hotel?
3484 views | 21/09/2010 17:08:21
-
Siapa Pakai Tak Senonoh?
2599 views | 01/12/2010 10:58:38
-
Fasha Tidak Profesional
1366 views | 05/04/2011 23:12:29
-
Cik Andalusia
1609 views | 23/07/2010 12:45:04



