Ambil Serat Untuk Sihat & Cantik

13 Jun 2012, 10:11pm   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Jam hanya menunjukkan pukul 3 petang, namun anda sudah pun kelihatan letih. Badan anda terasa bagaikan kereta yang kehabisan minyak. Walaupun waktu kerja anda bakal berakhir sebentar lagi, pasti ada banyak lagi tugasan yang menanti selepas ini dan perut anda kembung dan anda tidak merasa cantik.

Seperti kebanyakan wanita lain, tugasan harian anda mungkin terdiri daripada perkara-perkara ini: mengambil anak pulang, memasak, bersenam sedikit, membantu anak melakukan kerja sekolah, melayan ibu bapa yang meningkat usia, membeli barang, membayar bil, dan selain daripada semua itu, menghadiri mesyuarat harian sebagai eksekutif korporat! Penat sekali! Dan tugasan harian biasanya melebihi senarai itu.

Seperti yang kita semua tahu, tubuh mula berubah mengikut peredaran usia – ini termasuklah keupayaan menghadamkan makanan. Pelbagai faktor berkaitan usia, termasuklah ubat yang diambil, gaya hidup yang tidak banyak bergerak malah kerosakan gigi turut memberi kesan kepada pemakanan dan penghadaman yang sihat. Akibatnya ialah kemungkinan masalah penghadaman dan masalah sembelit.

Ini merupakan penyelesaian yang mudah untuk memperoleh tenaga bagi menjalankan kehidupan seharian dan berasa ceria sepanjang hari – serat. Tidak seperti komponen makanan lain seperti lemak, protein atau karbohidrat, yang dihadamkan dan diserap oleh badan, serat dihadamkan di bahagian usus dan bukannya di bahagian perut seperti kebanyakan karbohidrat dan protein.

Serat membantu dalam mengekalkan struktur nutrien, yang biasanya menjadi cecair, dan membantu nutrien bersentuh dengan dinding usus di mana nutrien boleh diserap. Serat lebih banyak bertindak di salur gastrousus yang menyimpan air, mencantumkan mineral dan bahan berasid seperti garam hempedu yang digunakan badan untuk menyediakan lemak untuk penghadaman. Bunyinya rumit?

Dalam erti kata yang mudah, serat melepasi bahagian perut, usus kecil, kolon dan keluar daripada badan anda dalam bentuk yang sama. Tampaknya serat tidak banyak fungsinya, namun serat sebenarnya mempunyai beberapa fungsi penting dalam mengekalkan kesihatan seseorang.

Serat merupakan faktor dalam melawan perut buncit, tetapi juga merupakan elemen utama dalam pelbagai isu kesihatan yang lebih serius. Serat mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan berhubung fungsi usus, kekenyangan, penghadaman, penyerapan dan pencernaan. Serat juga melambatkan kadar penyerapan makanan ke dalam perut, mengelakkan gula daripada memasuki saluran darah secara mengejut.

Serat juga melambatkan kadar pelepasan insulin dan meningkatkan kelawasan lantas mengeluarkan toksin dengan lebih cepat. Serat bekerja dari dalam untuk meningkatkan kesihatan anda.  Diet yang mengandungi kandungan serat yang tinggi membawa kepada penghadaman yang sihat kerana serat “melancarkan” sistem penghadaman anda. Kebanyakan makanan yang mengandungi serat turut mengandungi kandungan lemak yang rendah tetapi masih memberikan anda rasa kenyang lantas membantu anda mengekalkan berat badan.

Secara ringkasnya, serat wajar disertakan dalam hidangan makanan anda. Soalnya bagaimana? Cuba memulakan hari anda dengan minuman koko suam yang mengandungi serat bagi meningkatkan kelawasan dan membuatkan anda merasa kenyang sepanjang hari. Secawan kebaikan malt, susu skim dan koko yang enak sudah tentunya memberikan anda keyakinan, tenaga dan semangat untuk berjaya mengharungi hari-hari anda yang aktif.

Oleh sebab terdapat beberapa dakwaan kandungan serat tinggi dalam minuman di pasaran, carilah produk serat tinggi yang terbukti secara saintifik dapat membantu sistem penghadaman tubuh anda.

Memandangkan wanita Malaysia sentiasa sibuk dan sememangnya memerlukan tenaga, faktor kemudahan memainkan peranan. Apabila anda keluar membeli belah kelak, dapatkan pek minuman campuran semua dalam satu yang mempunyai Hi-Fibre dengan ekstrak malt yang mengandungi 12 mikro-nutrien yang penting untuk badan anda menguruskan pengeluaran tenaga untuk anda sepanjang hari.

Ingat, apabila anda kelihatan hebat, anda berasa hebat. Bunyinya terlalu mudah, namun kita wajar faham bahawa rupa anda sangat mendorong keyakinan diri dan pandangan orang lain terhadap diri anda. Ingat, apabila tahap keyakinan anda tinggi, hari anda akan produktif dan kerja anda pasti lebih efisien.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad