Asas Sempurna

22 Mar 2012, 12:00am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Terlalu banyak pilihan di pasaran sukar buatmu memilih bedak asas yang sempurna untuk kulitmu. Jawapannya, kamu mesti uji sebelum beli!

Sama ada jenis kompak mahupun cecair, kamu perlu mencari formula yang sesuai untuk kehendak kulitmu. Jika jenis kulitmu berminyak, cari kata kunci seperti ìoil-freeî untuk bebas minyak, ìoil-controlî untuk kawalan minyak atau ìmattifyingî pada pek.

Untuk kulit kering, kata kunci seperti ìhydratingî untuk penghidratan atau ìmoisture-richî untuk kaya lembapan adalah perkataan yang perlu kamu beri perhatian. Kulit kombinasi, tentukan kulitmu menjurus lebih ke arah mana. Bedak asas jenis serbuk sesuai buat kulitmu. Bedak asas mineral pula sangat baik untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit sensitif.

1. Bebas Minyak Serta Melembap
Secara efektif meminima liang roma yang jelas kelihatan, melembap secara seimbang dengan ekstrak buah epal. Bedak kompak ini turut mengandungi Nano White yang bertindak mencerah dan menyerikan wajah. Sesuai buat kulit kombinasi.
Silkygirl Pure Soft Pressed Powder, RM13.90

                          

2. Formula Teknologi Tinggi
Antara fungsi bedak asas ialah menyamaratakan kulit wajah yang tidak sekata. Tekstur bedak asas pada kulit wajah yang halus tidak membuatkan wajahmu nampak ìtebalî. Bedak asas kompak jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit.
L'Oreal Paris True Match Super-Blendable Powder, RM65.90

3. Definisi Tinggi
Akan beraksi di depan kamera? Kini kamu boleh kelihatan mulus dengan bedak asas cecair berdefinisi tinggi. Cela di wajah sama sekali boleh kamu ìsorokkanî dengan sentuhan magis teknologi ini.
Make Up For Ever High Definition Foundation 30ml, RM135

4. Segalanya Dalam Satu
Terciptanya krim BB memudahkan kehidupan kamu yang sering berkejaran dan kesuntukan masa untuk bermekap lengkap. Sapuannya mewakili bedak asas, pelembap, penghalang suria dan pelbagai kelebihan lagi.
Silkygirl Magic BB Cream, RM17.90

Kekal lembapan kulit wajah

                           

Sebaiknya, sebelum kamu mula mengoles bedak asas ke atas kulit wajah, dahulukan dengan sapuan krim pelembap. Ekstra lembapan dari krim pelembap ini mengelakkan masalah kulit kering dan merekah apabila produk mekap diaplikasi. Sapukan ke seluruh bahagian wajah dan leher supaya kawasan yang terdedah dilindungi krim pelembap dari sebarang habuk dan noda.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad