Belinda Chee Duta Baru Marie France Bodyline

21 Jul 2012, 01:04am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Marie France Bodyline baru-baru ini memperkenalkan duta barunya, Belinda Chee, seorang artis, hos dan peragawati yang kini menyertai barisan wanita cemerlang dan menawan seperti Datin Paduka Umie Aida.

Ciptaan sistem diagnostik baru - Cellu Check Plus - telah berjaya membantu Belinda mencapai bentuk badan ramping. Marie France Bodyline, syarikat pertama di Asia Tenggara yang menggunakan sistem penilaian klinikal ini, menawarkan Cellu Check Plus sebagai sebahagian dari proses perundingan pra-rawatan secara percuma kepada pelanggan.



Cellu Check Plus, alat diagnostik berteknologi maju yang telah dipatenkan, diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan pakar perubatan sedunia.

Ia meningkatkan lagi keberkesanan pelangsingan tubuh dengan keupayaannya meneliti lebih daripada kadar Indeks Jisim Tubuh (BMI). Sistem ini mengenalpasti dengan tepat Indeks Lemak Tubuh (BFI), iaitu nisbah ketinggian kepada berat yang tertumpu di bahagian tubuh tertentu dan ketebalan lapisan lemak bawah kulit kawasan yang bermasalah seperti di bawah lengan, perut, lumbar, bahagian depan dan belakang peha.

Dengan kejituan 96.8%, alat ini juga unik dalam analisa klinikalnya terhadap selulit, satu masalah yang telah lama wujud tetapi sebelum ini hanya dinilai secara umum dengan pandangan mata kasar.



"Masalah utama saya ialah di bahagian peha, punggung dan perut. Sistem Cellu Check Plus Marie France Bodyline yang menakjubkan ini dapat mengenalpasti dengan berkesan lokasi lemak dan tisu, dengan itu saya boleh mendapatkan rawatan yang betul dan memperolehi hasil yang saya ingini dengan cepat dan tepat," kata Belinda.

"Sebelum ini, berat badan saya ialah 54kg tetapi selepas menggunakan rawatan dan pelan penurunan berat badan yang menyeluruh Marie France Bodyline, saya berjaya mengurangkan 5kg dan 35cm dalam masa lapan minggu sahaja. Saya amat berpuas hati dengan bentuk badan baru saya ini!"



Cellu Check Plus ialah satu-satunya alat di pasaran yang mengukur pembahagian pengekalan air, kepekatan jisim otot dan mengenalpasti kawasan kulit kendur melalui pemeriksaan pembahagian serat kolagen. Oleh itu, merangsang keupayaan dan ketepatan pakar pelangsingan dalam memahami dengan lebih lanjut lagi punca berat badan berlebihan seseorang pelanggan.

Untuk mengetahui bagaimana Marie France Bodyline dapat membantu anda, layari www.mariefrance.com.my

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad