Cantik Setiap Hari Dengan FCC

29 May 2012, 07:51am   |     |    Utama > CANTIK >
Kongsi Article Ini:

Pelancaran 2012 Everyday Collection oleh FCC atau Farmasi Colour Cosmetics berlangsung baru-baru ini dengan memperkenalkan tema pada setiap hari dalam seminggu. Semestinya dimulai Monday Blues, Lively Tuesday, Busy Wednesday, Sweet Thursday, Beautiful Friday, Saturday Fever dan Fresh Sunday.

                           

Menurut Pengarah Urusan FCC, Ili Zawani, produk kecantikan berasal dari Istanbul ini sudah wujud 50 tahun. Hanya lapan tahun kebelakangan ini produk solekannya berada di pasaran 55 buah negara dan berkembang sehingga 170 negara.

                        

“FCC dijenamakan semula dan sudah di pasaran Malaysia sejak empat tahun lalu. Sememangnya alat solek FCC banyak pilihan warna terutama untuk wanita Asia. Kebanyakan pelanggan kami gemar dengan bau dihasilkan dari solekan. Pastinya membuatkan si pemakai lebih berkeyakinan dan orang sekeliling pun senang dengan kehadiran kita,” ujar Ili Zawani ketika majlis pelancaran.

                            

Produk ini menawarkan lebih 400 produk namun alat solek di bawa masuk di Malaysia terlebih dahulu. Kini terdapat juga rangkaian wangian buat pelanggan. Menurut Ili Zawani lagi, biarpun FCC jenama antarabangsa tetapi harga di pasaran berpatutan dan mampu dimiliki ramai.

                             

                                              

“Bagi muslimah pula, produk FCC dijamin halal dan pengguna tidak perlu ragu-ragu menggunakannya. Malah boleh dipakai ketika bersolat. Pada pelancaran ini diperkenalkan juga rangkaian minyak wangi FCC. Pada Oktober tahun ini, FCC akan memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit pula,” terang Ili Zawani.

                             

                             

Palet alat solek akan memudahkan mekap artis membuat pilihan. Selain itu konsep solekan diperkenalkan berbeza-beza setiap hari dari Isnin ke Ahad. Sesuai juga untuk solekan pengantin. Ternyata FCC menjadi pilihan salun dan butik pengantin di seluruh Malaysia. Pada hari pelancaran ini juga, pelanggan tetap FCC diraikan dan diberi penghargaan.

                                

Kini, orang ramai boleh mencuba FFC dan bermain dengan palet indah bagi merubah wajah setiap hari mengikut tema. Acara pelancaran yang dihoskan Aishah Sinclair dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan pertunjukan fesyen 2012 Everyday Collection. Antara selebriti yang hadir, Sasha Saidin
dan Sharifah Shawati.

Google Ads





Cari



JOM JOIN!

Iklan | Tentang Kami | Hubungi Kami
© Gua.com.my 2012 - Hak cipta terpelihara
Sebahagian daripada Alt Media Sdn Berhad